Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

HANDOVER CEREMONY FOR THE HEAD OF STANDARD AND EVALUATION, INSPECTORATE UNIT, RBAirF

Rimba Air Force Base, Monday, 01 November 2021 – The Aviation Standard and Evaluation held and witnessed a handover ceremony for its Head of Standard and Evaluation. The handing over was between Lieutenant Colonel (U) Muhammad Walee bin Hj Roslie, P.J.K, PGDipIntSy, QHI, psc (j), (outgoing) and the newly appointed Head, Lieutenant Colonel (U) Mohammad Yusree bin Haji Mohammad Yusainey, QHI, psc (j).

The event started off with the recital of Surah Al-Fatihah which was led by Corporal (U) Md Nazmi bin Haji Jaafar and followed up by the signing of the handover certificates, which marked the official handover for the appointment of the Head of Standard and Evaluation. In his speech, the outgoing Head of Standard and Evaluation emphasized the importance to maintain training and improve professionalism in all aspects, team work and discipline.

The outgoing Head of Standard and Evaluation also received gifts as a token of appreciation and remembrance from the staffs of Aviation Standard and Evaluation office which was presented by the  Crewman Standard and Evaluation, Warrant Officer 1 (U) Haji Sumarday bin Haji Nayan.

The ceremony concluded with the recitation of Doa Selamat to bless the ceremony in wishing well and protection towards the whole of the Aviation Standard and Evaluation personnel and families, especially in this pandemic outbreak.

 

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS BAGI KETUA PENILAIAN DAN PIAWAIAN PENERBANGAN, INSPEKTORAT UNIT, TUDB

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Isnin, 01 November 2021 – Pejabat Penilaian dan Piawaian Penerbangan, Inspektorat telah mengadakan dan menyaksikan majlis serah terima tugas bagi Ketua Penilaian dan Piawaian Penerbangan diantara 629 Leftenan Kolonel (U)  Muhammad Walee bin Hj Roslie, P.J.K, PGDipIntSy, QHI, psc (j), Mantan Ketua Penilaian dan Piawaian Penerbangan dan 608 Lieutenant Colonel (U) Mohammad Yusree bin Haji Mohammad Yusainey, QHI, psc (j), Ketua Penilaian dan Piawaian Penerbangan yang baharu.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah yang diketuai oleh Kopral (U) Md Nazmi Bin Hj Jaafar dan diteruskan dengan penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas bagi merasmikan penyerahan jawatan Ketua Penilaian dan Piawaian Penerbangan. Mantan Ketua Penilaian dan Piawaian Penerbangan juga menyampaikan ucapan dan menekankan mengenai kepentingan meneruskan latihan dan meningkatkan profesionalisma dalam semua aspek, kerjasama berpasukan dan juga disiplin.

Mantan Ketua Penilaian dan Piawaian Penerbangan juga menerima cenderahati sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan daripada anggota-anggota Penilaian dan Piawaian Penerbangan, yang disampaikan oleh Anak Buah Pesawat Penilaian dan Piawaian Penerbangan, Pegawai Waran 1 (U) Haji Sumarday bin Haji Nayan.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat bagi memohon keberkatan majlis serta perlindungan bagi seluruh warga anggota Pejabat Penilaian dan Piawaian Penerbangan dan keluarga daripada wabak pandemik Covid-19.