Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

IFTAR WITH FORMER COMMANDERS OF RBAirF

Berakas, Sunday, 02 May 2021 – In conjunction with the blessed month of Ramadhan, an iftar event with former commanders of RBAirF was held today at Rumah Wira Angkasa, Berakas.

Present were Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, the Commander of RBAF, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka haji Ibrahim, the Commander of RBAirF, Colonel (Rtd) Dato Seri Laila Jasa Jocklin bin Kongpaw, Major General (Rtd) Pengiran Dato Paduka Seri Haji Abidin bin Pengiran Ahmad, Brigadier General (Rtd) Dato Paduka Haji Ibrahim bin Haji Mohammed, Brigadier General (B) Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Saidin, Brigadier General (Rtd) Dato Seri Pahlawan Haji Jofri bin Haji Abdullah, Brigadier General (B) Dato Seri Pahlawan Haji Wardi bin Haji Abdul Latip and Brigadier General (Rtd) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma'awiah. Also present were RBAirF Board of Executives, Senior Officers and Warrant Officers.

The event began with Iftar and congregational Maghrib prayer led by Ustaz Said bin Haji Yusop, RBAirF Religious Teacher and followed by dinner. The event continued with congregational Isya' prayer and Tarawih led by Warrant Officer 2 (U) Haji Shaipin bin Haji Abu bakar, Imam of Surau Al-Barakah, Rimba Air Base.

The event which was the first of its kind is one of RBAirF's effort to further strengthen the relationship and friendship between the former commanders of RBAirF with current Commander, Officers and Warrant Officers of RBAirF especially during this blessed month of Ramadhan.

 

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MANTAN-MANTAN PEMERINTAH TUDB

Berakas, Ahad, 02 Mei 2021 – Sempena menyambut bulan suci Ramadhan, Majlis Berbuka Puasa bersama Mantan-mantan Pemerintah TUDB telah diadakan di Rumah Wira Angkasa, Berakas pada hari ini.

Hadir ke majlis tersebut ialah Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka haji Ibrahim, Pemerintah TUDB, Kolonel (B) Dato Seri Laila Jasa Jocklin bin Kongpaw, Mejar Jeneral (B) Pengiran Dato Paduka Seri Haji Abidin bin Pengiran Ahmad, Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Ibrahim bin Haji Mohammed, Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Saidin, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Jofri bin Haji Abdullah, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Wardi bin Haji Abdul Latip dan Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma'awiah. Turut hadir ialah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai-pegawai Waran TUDB.

Majlis tersebut dimulakan dengan berbuka puasa dan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah yang diketuai oleh Ustaz Said bin Haji Yusop, Guru Ugama TUDB dan diteruskan dengan menikmati jamuan. Majlis diteruskan dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Isya dan Tarawih berjemaah yang diketuai  oleh Pegawai Waran 2 (U) Haji Shaipin bin Haji Abu bakar, Imam Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Majlis ini julung kali diadakan sebagai usaha TUDB dalam sama-sama mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan persahabatan di antara Mantan-mantan Pemerintah, Pemerintah, Pegawai-pegawai dan Pegawai-pegawai Waran TUDB, terutama sekali di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.