Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RBAirF COMMANDER WORKING VISIT TO RIMBA GROUND

Rimba Air Base, Wednesday, 03 March 2021 – Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of RBAirF made a working visit to Rimba Ground, Rimba Air Base. The Commander was accompanied by Colonel (U) Hismawadi bin Haji Mohammad Said, the Commander of Operations Group, RBAirF.

The objective for the visit is to get a closer look on the current operation and readiness of the Rimba Ground after it resume its operation back in January 2021 which responsible to track, manage and control aircraft movements on RBAirF military apron.

During the visit, the Commander emphasised the need to enhance Rimba Ground's operational readiness as it has the potential to further develop a high level of professionalism and self-confidence amongst RBAirF's Air Traffic Controllers in their roles to handle the aircraft movements and to ensure aviation safety. Through this development, RBAIRF envisioned to show the professionalism level of RBAirF personnel is reaching the standard of regional air forces.

 

LAWATAN KERJA PEMERINTAH TUDB KE RIMBA GROUND

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Rabu, 03 Mac 2021 - Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, TUDB telah membuat membuat lawatan kerja ke Rimba Tower telah diiringi oleh Kolonel (U) Hismawadi bin Haji Mohammad Said, Pemerintah Kumpulan Gerakan, TUDB.

Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk melihat dengan lebih dekat lagi operasi dan tahap kesediaan Rimba Ground setelah ianya dibuka semula pada bulan Januari 2021 dimana ianya bertanggungjawab untuk mengesan, mengurus dan mengawal pergerakan pesawat di kawasan apron TUDB.

Pemerintah TUDB telah memberi penekanan ke atas kepentingan peningkatan  tahap kesedian operasi Rimba Ground semasa lawatan tersebut. Rimba Ground berpotensi untuk memperkembangkan lagi mutu profesionalisme dan keyakinan diri yang tinggi di kalangan Air Traffic Controllers TUDB dalam tugasan yang berhubungkait dengan kawalan pergerakan pesawat-pesawat dan memastikan keselamatan penerbangan. Melalui perkembangan ini, TUDB bermatlamat untuk mencapai tahap profesionalisme yang setaraf dengan angkatan tentera udara serantau.