Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF SECURES SECOND PLACE AT NETBALL TOURNAMENT 2025/2026

​BOLKIAH GARRISON, Thursday, 13 February 2026 The Royal Brunei Air Force (RBAirF) Netball Team secured second place at the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Inter-Women's Final Netball Championship 2025/2026. The tournament, held at the Bolkiah Garrison Gymnasium, featured a round-robin format involving four teams: the Royal Brunei Land Forces (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), RBAirF, and the MINDEF Combined Team

Throughout the competition, the RBAirF team demonstrated exceptional cohesion and tactical discipline, notably achieving a 9-2 victory over RBN and a solid 12-7 win against RBLF. In the championship final, RBAirF faced the MINDEF Combined Team in a spirited encounter. The MINDEF Combined Team ultimately emerged as champions, with RBAirF taking the runner-up position, followed by RBN in third and RBLF in fourth. 

The tournament served as a vital platform to strengthen camaraderie and esprit de corps among female personnel across the Ministry of Defence and the RBAF. By promoting physical readiness and professional teamwork, the event emphasises the RBAirF’s commitment to sustaining institutional excellence through sports. 


TUDB MERAIH TEMPAT KEDUA KEJOHANAN BOLA JARING 2025/2026

BOLKIAH GARISON, Khamis, 13 Februari 2025 Pasukan Bola Jaring Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) berjaya meraih tempat kedua dalam Pertandingan Bola Jaring Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) 2025/2026. Kejohanan yang berlangsung di Dewan Gerak Badan, Bolkiah Garison itu melibatkan empat pasukan iaitu Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), TUDB, dan Pasukan Gabungan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH). 

Sepanjang kejohanan, pasukan TUDB menunjukkan semangat kerjasama dan disiplin taktikal yang tinggi, terutamanya melalui kemenangan 9-2 ke atas TLDB dan keputusan 12-7 menentang TDDB. Dalam perlawanan akhir yang sengit, Pasukan Gabungan KEMENTAH muncul sebagai juara, manakala TUDB menduduki tempat kedua, diikuti oleh TLDB di tempat ketiga dan TDDB di tempat ke-empat. 

Kejohanan ini merupakan wadah penting bagi memperkukuh silaturahim dan semangat kekitaan (esprit de corps) dalam kalangan anggota wanita di KEMENTAH dan ABDB. Dengan memupuk kesiapsiagaan fizikal dan profesionalisme, acara ini mencerminkan komitmen TUDB dalam mengekalkan kecemerlangan organisasi melalui aktiviti sukan.