Present to hand out the “Kurma Kurnia Peribadi” was the Commander of RBAirF, Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud. The “Kurma Kurnia Peribadi” were presented to
members of the RBAirF Board of Executives, Wing Commanding Officers, the Air Force Sergeant Major, and Regimental Sergeant Majors representing the Operations, Support, and Training Groups.
This distribution reflects His Majesty’s continued care and generosity towards RBAF personnel as they prepare for the fasting month, which is expected to begin on Thursday, 19 February 2026 (subject to the sighting of the new moon). The event commenced with the recitation of
Surah Al-Fatihah and concluded with a
Doa Selamat, invoking blessings for the continued protection and guidance of His Majesty, the nation, and the RBAF.


PENGAGIHAN ‘KURMA KURNIA PERIBADI’ RAMADHAN 1447 HIJRAH KEPADA TUDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 13 Februari 2026 –
Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Pengagihan buah kurma sebagai Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, sempena bulan Ramadhan 1447 Hijrah kepada wakil-wakil
unit. Majlis tersebut berlangsung di Ruang Rajawali, Markas TUDB, Pangkalan Tentera Udara Rimba hari ini.
Hadir bagi menyempurnakan penyerahan kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah
Pemerintah TUDB, Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud. Kurma tersebut diserahkan kepada ahli-ahli Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Pemerintah Cawangan, Sarjan Mejar Tentera Udara, serta Sarjan Mejar Rejimen yang mewakili Kumpulan Gerakan, Kumpulan Bantu, dan Kumpulan Latihan.
Pengagihan ini mencerminkan sikap pemedulian dan kemurahan hati Baginda yang berterusan terhadap warga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dalam persiapan menyambut bulan ibadah yang dijangka bermula pada hari Khamis, 19 Februari 2026 (tertakluk kepada hasil penglihatan anak bulan). Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan Doa Selamat bagi memohon keberkatan serta perlindungan berterusan ke atas Kebawah Duli Yang Maha Mulia, negara, dan seluruh warga ABDB.

