Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF CONCLUDES FIELD TRAINING EXERCISE (FTX) ALAP-ALAP X/2025

​​RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 13 February 2026 The Royal Brunei Air Force (RBAirF) successfully concluded its Field Training Exercise (FTX) ALAP-ALAP X/2025 today with a Combat Search and Rescue (CSAR) demonstration at the Drop Zone, Rimba Air Force Base. Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the RBAirF, along with the RBAirF Board of Executives, witnessed the final phase of the exercise. 

Conducted from 9 to 13 February 2026 across the Brunei-Muara, Tutong, and Belait Districts, this year’s iteration adopted an unconventional and guerrilla warfare concept. The exercise rigorously assessed the RBAirF's readiness in intelligence, air operations, and air defence, as well as its ability to manage diverse incidents, including hostage extraction, casualty evacuation, crash management, crowd control, fire emergencies, and fuel spillage. Furthermore, it tested the sustainability of essential services, such as water and electricity supply, during operational disruptions. 

Supported by the Royal Brunei Land Forces and the Royal Brunei Navy, the exercise successfully validated current operational plans and strengthened inter-agency coordination. FTX ALAP-ALAP X/2025 serves as a critical benchmark for capability development following previous training phases, ensuring the RBAirF remains prepared for contemporary security challenges.


LATIHAN MEDAN ALAP-ALAP X/2025 TUDB BERAKHIR

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 13 Februari 2026 Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah berjaya menamatkan Latihan Medan ALAP-ALAP X/2025 hari ini dengan demonstrasi Mencari dan Menyelamat Tempur bertempat di kawasan Drop Zone, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Hadir bagi menyaksikan fasa akhir eksesais tersebut ialah Pemerintah TUDB, Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, bersama ahli-ahli Lembaga Eksekutif TUDB.

Eksesais yang bermula dari 9 hingga 13 Februari 2026 ini merangkumi beberapa lokasi di Daerah Brunei-Muara, Tutong, dan Belait. Iterasi pada tahun ini menerapkan konsep peperangan tidak konvensional dan gerila, yang bertujuan menilai secara terperinci kesiapsiagaan TUDB dalam bidang perisikan, operasi udara, dan pertahanan udara. Selain itu, eksesais ini juga menguji keupayaan menangani pelbagai insiden seperti penyelamatan tebusan, pemindahan mangsa (CASEVAC), pengurusan insiden pesawat terhempas, kawalan orang ramai, kecemasan kebakaran, serta tumpahan bahan api.

Sepanjang eksesais, aspek kelestarian perkhidmatan penting seperti bekalan air dan elektrik semasa gangguan operasi turut diuji. Dengan sokongan daripada Tentera Darat Diraja Brunei dan Tentera Laut Diraja Brunei, eksesais ini telah berjaya mengesahkan rancangan operasi semasa serta memperkukuh koordinasi antara agensi. Latihan Medan ALAP-ALAP X/2025 menjadi penanda aras kritikal bagi pembangunan keupayaan susulan daripada fasa latihan sebelumnya, bagi memastikan TUDB sentiasa bersedia menghadapi cabaran keselamatan kontemporari.