Hosted by the British Embassy in Jakarta and facilitated by the Defence Academy of the United Kingdom, the course brought together 22 participants from eight ASEAN nations at the Hyatt Regency Hotel Sanur. The curriculum featured lectures and syndicate discussions on critical defence pillars, including Regional Security, Strategic Context, and Policy Formulation.
The MDWSC course aims to enhance participants’ analytical skills and professional understanding of defence governance. By exploring international best practices in security management, the programme enables attendees to further strengthen the management and governance of their respective national defence and security systems.
.jpeg)

PEGAWAI TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI MENGHADIRI KURSUS
‘MANAGING DEFENCE IN THE WIDER SECURITY CONTEXT’ (MDWSC) DI DENPASAR, REPUBLIK INDONESIA
DENPASAR, REPUBLIK INDONESIA, Jumaat, 06 Februari 2026 – Yang Mulia Leftenan Kolonel (U) Muhammad Zabri bin Abdul Rahman, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 8, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), telah menghadiri Kursus ‘Managing Defence in the Wider Security Context’
(MDWSC) yang berlangsung dari 02 hingga 06 Februari 2026. Turut menyertai beliau ialah seorang pegawai dari Tentera Laut Diraja Brunei serta dua orang pegawai awam dari Kementerian Pertahanan.
Dihoskan oleh Kedutaan British di Jakarta dengan kerjasama Akademi Pertahanan United Kingdom, kursus tersebut menghimpunkan seramai 22 orang peserta dari lapan buah negara ASEAN bertempat di Hotel Hyatt Regency Sanur. Kurikulum kursus merangkumi ceramah dan perbincangan sindiket mengenai tonggak utama pertahanan termasuk keselamatan serantau, konteks strategik, dan penggubalan dasar.
Kursus MDWSC ini bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran analitikal dan pemahaman profesional peserta dalam tadbir urus pertahanan. Dengan meneroka amalan terbaik antarabangsa dalam pengurusan keselamatan, program ini membolehkan para peserta memperkukuh lagi pengurusan dan tadbir urus sistem pertahanan serta keselamatan di negara masing-masing.
