RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 20 November 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Handover and Takeover Ceremony for the appointment of Deputy Commander at Dewan Punai, Rimba Air Force Base. The ceremony marked the official transfer of duties from Colonel (U) Hismawadi bin Haji Md Said to Colonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, effective 20 November 2025.
The event was attended by members of the RBAirF Board of Executives, Senior Officers, Officers, and personnel, reflecting the strong sense of unity and professionalism within the organisation.
The proceedings commenced with the recitation of
Surah Al-Fatihah led by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, the RBAirF religious teacher, followed by a farewell address delivered by the outgoing Deputy Commander. In his speech, he expressed his heartfelt gratitude to His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam for the trust and confidence bestowed upon him to hold the position and its responsibilities. He also reflected on his tenure and expressed heartfelt appreciation to all RBAirF personnel for their steadfast support and commitment throughout his service.
The ceremony continued with the signing of the Handover and Takeover Certificate, signifying the formal transfer of responsibilities. Colonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, the newly appointed Deputy Commander, then delivered his inaugural address. He expressed his gratitude for the trust placed in him and emphasised his aspirations for continued excellence across the organisation. He also acknowledged the solid foundation established by his predecessor and expressed his intention to further strengthen the RBAirF's operational readiness and organisational cohesion.
To bless the occasion,
Doa Selamat and
Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam were recited, led by the RBAirF religious teacher. The ceremony concluded with a group photo session to commemorate the significant milestone, together with Senior Officers, Officers, and attendees.
The Royal Brunei Air Force extends its warmest congratulations to Colonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley and conveys its deepest appreciation to Colonel (U) Hismawadi bin Haji Md Said for his dedicated service and invaluable contributions. The smooth transition of leadership exemplifies the RBAirF's unwavering professionalism and commitment to its mission and values.






MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS TIMBALAN PEMERINTAH TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 20 November 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas bagi jawatan Timbalan Pemerintah TUDB bertempat di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Majlis tersebut menandakan penyerahan rasmi tugas daripada Kolonel (U) Hismawadi bin Haji Md Said kepada Kolonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, berkuat kuasa 20 November 2025.
Majlis tersebut dihadiri oleh ahli-ahli Badan Eksekutif TUDB, Pegawai Kanan, Pegawai dan anggota TUDB, menggambarkan semangat perpaduan dan profesionalisme yang kukuh dalam organisasi.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Guru Ugama TUDB, diikuti dengan ucapan perpisahan daripada Timbalan Pemerintah TUDB yang berundur. Dalam di mana beliau menzahirkan setinggi-tinggi menjunjung kasih kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas kepercayaan yang telah diberikan untuk memegang jawatan tersebut beserta tanggungjawabnya. Beliau turut mengenang pengalaman beliau sepanjang perkhidmatannya dan menyampaikan penghargaan tulus kepada semua warga TUDB atas sokongan dan komitmen padu yang telah diberikan.
Majlis seterusnya diteruskan dengan penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas yang menandakan penyerahan tanggungjawab secara rasmi. Kolonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, selaku Timbalan Pemerintah TUDB yang baharu, kemudian menyampaikan ucapan sulung beliau. Dalam ucapannya, beliau menyatakan rasa syukur atas kepercayaan yang diberikan dan menzahirkan hasrat untuk meneruskan kecemerlangan organisasi. Beliau turut mengiktiraf asas kukuh yang telah dibina oleh pendahulu beliau serta menyatakan komitmen untuk terus memperkukuhkan lagi kesiapsiagaan operasi dan kesepaduan organisasi TUDB.
Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan, dipimpin oleh Guru Ugama TUDB. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai sebagai tanda kenang-kenangan bagi memperingati acara yang penuh makna ini bersama Pegawai Kanan, Pegawai dan para hadirin.
TUDB merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kolonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley serta menyampaikan penghargaan yang mendalam kepada Kolonel (U) Hismawadi bin Haji Md Said atas khidmat bakti dan sumbangan beliau yang amat bernilai. Peralihan tampuk kepimpinan yang lancar ini mencerminkan profesionalisme dan komitmen berterusan TUDB dalam melaksanakan misi dan prinsip yang menjadi teras organisasi.



