Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

PERTAMA TUTONG PRIMARY SCHOOL VISIT TO ROYAL BRUNEI AIR FORCE

​RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 17 November 2025 - A group comprising 59 students and 05 teachers from Pertama Tutong Primary School conducted an educational visit to the Royal Brunei Air Force (RBAirF).

The group was received by Sergeant (U) Muhamad Azhar bin Ramlee, who gave an introduction to the RBAirF and its role in safeguarding the nation's skies. The students were then brought to a static display showcasing several aircraft and equipment currently used by the RBAirF. They enjoyed the opportunity to see the assets up close and interact with Air Force personnel, who shared explanations about how the equipment are used in daily operations.

The visit aimed to give the students an enjoyable and meaningful learning experience while helping them appreciate the work carried out by the RBAirF in ensuring the security of the country. It also provided a chance to inspire curiosity and broaden their understanding of aviation and national service.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR BAGI SEKOLAH PERTAMA TUTONG KE TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 17 November 2025 - Rombongan yang terdiri daripada 59 orang pelajar dan 05 guru dari Sekolah Pertama Tutong telah membuat lawatan sambil belajar ke Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).

Rombongan tersebut telah disambut oleh Sarjan (U) Muhamad Azhar bin Ramlee, yang memberikan pengenalan mengenai TUDB serta peranannya dalam menjaga keselamatan ruang udara negara. Para pelajar kemudiannya dibawa ke pameran statik yang menampilkan beberapa pesawat dan peralatan yang digunakan oleh TUDB pada masa ini. Mereka berpeluang melihat aset-aset tersebut dengan lebih dekat dan berinteraksi dengan anggota Tentera Udara, yang turut memberikan penerangan tentang bagaimana peralatan itu digunakan dalam operasi harian.

Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada para pelajar, di samping membantu mereka menghargai tugas dan tanggungjawab TUDB dalam memastikan keselamatan negara. Ia juga menjadi peluang untuk mencetuskan minat serta memperluaskan pengetahuan mereka mengenai dunia penerbangan dan khidmat bakti kepada negara.