RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 13 November 2025 – Royal Brunei Air Force (RBAirF) hosted an educational visit from Pulaie Primary School, Cluster 3 (Year 4) and Lumut Primary School, Belait (Year 4 and Year 6) comprising a total of 80 students and 09 teachers as part of their school activity to provide students with the opportunity to learn about the roles and equipment of the RBAirF.
The visitors were welcomed and briefed by Lieutenant (U) Nadzirah binti Haji Awang Ramli who introduced them to RBAirF and guided them on a tour to the static display showcasing the assets and equipment used by RBAirF. The visit also includes activities
for the students enabling them to interact with RBAirF personnel and gain hands-on experience with the assets.
The educational visit aimed to enhances students' understanding of the RBAirF's responsibilities while fostering interest, curiosity and patriotism among the younger generation to one day serving in the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).



.jpeg)
LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI SEKOLAH RENDAH PULAIE, KLUSTER 3 DAN SEKOLAH RENDAH LUMUT, BELAIT KE TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 13 November 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) menerima satu lawatan sambil belajar dari Sekolah Rendah Pulaie, Kluster 3 (Tahun 4) dan Sekolah Rendah Lumut, Belait (Tahun 4 dan Tahun 6) yang terdiri daripada 80 orang pelajar dan 09 guru telah diadakan sebagai sebahagian daripada aktiviti sekolah bagi memberikan peluang pembelajaran untuk mengenali peranan serta kelengkapan yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).
Rombongan tersebut telah disambut dan diberikan taklimat oleh Leftenan (U) Nadzirah binti Haji Awang Ramli, memperkenalkan para pelajar kepada fungsi dan peranan TUDB serta mengiringi mereka dalam lawatan ke pameran statik yang menampilkan aset dan peralatan operasi TUDB. Lawatan tersebut turut diteruskan dengan beberapa aktiviti interaktif yang memberi peluang kepada para pelajar untuk berinteraksi secara langsung dengan anggota TUDB serta mendapatkan pengalaman praktikal berkaitan aset yang dipamerkan.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai fungsi dan tanggungjawab TUDB, di samping memupuk minat dan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda untuk menceburi kerjaya dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) pada masa hadapan.

