RIMBA AIR FORCE BASE,
Thursday, 28 August 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) participated in the 2025 Pacific Helicopter Operations from Ships Other Than Aircraft Carriers (HOSTAC) Multinational Engagement and Working Group Meeting, which was conducted via video teleconference at the Air Movement Centre (AMC), Rimba Air Force Base. The Brunei Darussalam delegation comprised two pilots, one rear crew from the 11 Squadron, No. 1 Wing, Operations Group and a navigation officer from KDB Darussalam of the Royal Brunei Navy (RBN).
The meeting was chaired by Cdr Paul Matthew Small, COMPACFLT N3, United States Navy (USN), during the two-day event. The discussions centred on the standardisation of shipboard helicopter and cross-deck operations, enhancing interoperability, and ensuring aviation safety.
The working group included presentations from participating nations that addressed operational incidents, emerging challenges, and innovative initiatives intended to improve maritime aviation safety and effectiveness.
This multinational engagement highlighted the critical importance of interoperability, which enables forces from multiple nations to operate together more effectively and efficiently. Furthermore, it reflects the ongoing commitment of both RBAirF and RBN to strengthen defence cooperation at both regional and global levels, particularly in the areas of aviation safety and maritime operations. The working group will convene in 2026, hosted by Australia.
TUDB SERTAI MESYUARAT KELOMPOK KERJA PACIFIC HOSTAC MULTINATIONAL ENGAGEMENT 2025
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA,
Khamis, 28 Ogos 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menyertai
the 2025 Pacific Helicopter Operations from Ships Other Than Aircraft Carriers (HOSTAC) Multinational Engagement and Working Group Meeting yang dilaksanakan secara atas talian di Pusat Gerakan Udara, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Delegasi Negara Brunei Darussalam terdiri daripada dua orang juruterbang, seorang kru pesawat daripada Skuadron 11, Cawangan No. 1, Kumpulan Gerakan serta seorang pegawai navigasi daripada KDB Darussalam, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB).
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Kdr Paul Matthew Small,
COMPACFLT N3, Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) sepanjang acara dua hari berkenaan. Perbincangan memberi tumpuan kepada penyeragaman operasi helikopter di kapal, operasi
cross-deck, peningkatan kebolehoperasian bersama (interoperability), serta penekanan terhadap aspek keselamatan penerbangan.
Kelompok kerja ini turut merangkumi perbincangan daripada negara-negara peserta mengenai insiden-insiden operasi, cabaran-cabaran baharu, serta inisiatif-inisiatif inovatif yang bertujuan meningkatkan keselamatan dan keberkesanan penerbangan maritim.
Penglibatan pelbagai negara dalam mesyuarat ini menyerlahkan kepentingan utama kebolehoperasian yang membolehkan angkatan dari pelbagai negara beroperasi dengan lebih berkesan dan efisien. Selain itu, ia turut mencerminkan komitmen berterusan TUDB dan TLDB dalam memperkukuhkan kerjasama pertahanan di peringkat serantau dan antarabangsa, khususnya dalam bidang keselamatan penerbangan dan operasi maritim. Kumpulan kerja ini akan diteruskan pada tahun 2026 yang akan dipengerusikan oleh Australia.
.jpeg)