Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

29TH EXERCISE AIRGUARD OPENING CEREMONY

CHONG PANG CAMP, Singapore, Wednesday, 27 August 2025 – The 29th Exercise AIRGUARD between No. 2 Wing, Operations Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) and the 18th Divisional Air Defence Artillery Battalion, Republic of Singapore Air Force (18 DA Bn RSAF), was officially launched at Chong Pang Camp, Singapore. The two-week exercise, held from 25 August to 8 September 2025, marks the 29th installment in the Exercise AIRGUARD series.

Officiating the opening ceremony was by LTC Lau Kai Heng Anthony, Commander of Divisional Air Defence Group (DAG), RSAF as the Guest of Honour.  Also in attendance were LTC Chia Mu Jun Robin, Commanding Officer 18 DA Bn (CO 18 DA Bn), RSAF and representatives from RBAirF, Lieutenant Colonel (U) Hairy Erwandy bin Haji Raya, Commander Operations Group, RBAirF and Major (U) Muhammad Adif bin Haji Zaman, Commanding Officer of No. 2 Wing, RBAirF.

This year's AIRGUARD exercise focused on joint air defence deployment, highlighting the use of RBAirF's Mistral Very Short-Range Air Defence (VSHORAD) systems and RSAF's RBS 70, demonstrating closer tactical integration. Alongside this, the exercise continued the Subject Matter Expert Exchange (SMEE) on Unmanned Aerial Surveillance and introduced new SMEEs in Base Defence, Counter-Drone Operations, and Fixed-Wing Aircraft Pilot Exchange, all aimed at strengthening interoperability and mutual understanding between both air forces.

Exercise AIRGUARD continues to serve as a key platform to align procedures, strengthen combat readiness, and improve overall effectiveness in joint air defence efforts. Through regular collaboration and shared training objectives, the exercise reinforces strategic trust and operational synergy between the RBAirF and RSAF, ensuring both forces remain prepared to respond swiftly and effectively to evolving air threats.


MAJLIS PEMBUKAAN EKSESAIS AIRGUARD YANG KE 29

PERKHEMAHAN CHONG PANG, Singapura, Rabu, 27 Ogos 2025 - Eksesais AIRGUARD ke-29 antara Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan 18 Divisional Air Defence Artillery Battalion, Tentera Udara Republik Singapura (18 DA Bn TURS) telahpun dirasmikan pada pagi ini di Kem Chong Pang, Singapura. Latihan selama dua minggu ini, yang berlangsung dari 25 Ogos hingga 08 September 2025, merupakan siri ke-29 dalam Latihan AIRGUARD.

Majlis pembukaan eksesais telah disempurnakan oleh LTC Lau Kai Heng Anthony, Commander of Divisional Air Defence Group (DAG), TURS selaku Tetamu Kehormat. Turut hadir ialah LTC Chia Mu Jun Robin, Pegawai Memerintah 18 DA Bn, TURS serta wakil dari TUDB, iaitu Leftenan Kolonel (U) Hairy Erwandy bin Haji Raya, Pemerintah Kumpulan Gerakan, TUDB dan Mejar (U) Muhammad Adif bin Haji Zaman, Pegawai Memerintah Cawangan No. 2, TUDB.

Eksesais AIRGUARD pada tahun ini memberi tumpuan kepada pelaksanaan pertahanan udara bersama, dengan penekanan terhadap penggunaan sistem Pertahanan Udara Jarak Dekat (VSHORAD) iaitu sistem Mistral oleh TUDB dan RBS 70 oleh TURS, yang menunjukkan peningkatan integrasi taktikal antara kedua-dua angkatan udara. Di samping itu, latihan ini turut meneruskan Pertukaran Pakar Subjek (SMEE) dalam bidang Pemantauan Udara Tanpa Pemandu, serta memperkenalkan tiga SMEE baharu dalam aspek Pertahanan Pangkalan, Operasi Anti-Drone dan Pertukaran Juruterbang Pesawat. Inisiatif-inisiatif ini bertujuan memperkukuh interoperabiliti dan persefahaman operasi antara kedua-dua pihak.

Eksesais AIRGUARD terus menjadi platform penting dalam menyelaraskan prosedur, meningkatkan kesiapsiagaan tempur dan memperkukuh keberkesanan dalam usaha pertahanan udara bersama. Melalui kerjasama berterusan dan matlamat latihan yang dikongsi bersama, latihan ini memperkukuh kepercayaan strategik dan sinergi operasi antara TUDB dan TURS, memastikan kedua-dua angkatan sentiasa bersedia untuk bertindak balas secara pantas dan berkesan terhadap sebarang ancaman udara yang berkembang.​