Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

FIFTEEN RBAirF PERSONNEL ATTENDING AVIATION PHYSIOLOGY TRAINING (APT) COURSE AT REPUBLIC OF SINGAPORE

​REPUBLIC OF SINGAPORE, Friday, 26 January 2024 – Aviation Physiology Training (APT) course was conducted by the Republic of Singapore Air Force (RSAF) from 22 to 26 January 2024. The course took place at the RSAF Aeromedical Centre, Paya Lebar, Republic of Singapore. The course was attended by 15 RBAirF personnel consisting of 03 operational Pilots, 01 Loan Service pilot, 04 Student Pilots and 07 Aircrew.

The APT course aims to educate aircrew and aviation-related personnel regarding the effect of the aviation environment towards the human body physically and mentally, especially personnel operating in a high-altitude medium. The course provides realistic physiological training to aircrew using sophisticated aeromedical simulators, allowing them to experience many of the physiological stressors they may be exposed to while operating the aircraft.

The attendees experienced the effects of rapid decompression of an aircraft, and the effects of hypoxia, breathing in rarefied air by simulation in the Altitude (Hypobaric) Chamber. The attendees were exposed to rapid rates of ascent and descent and the physiological problems associated with such. For Spatial Disorientation, the aircrew experienced the Somatogyral Turntable, a simulator to expose the aircrew to the limitation of the human vestibular system and how the balance organ systems can misinterpret the motion of the aircraft and potentially confuse the aircrew controlling the aircraft. This course is beneficial for aircrews to fly with safety precautions and with the knowledge to avoid any unwanted occurrences. Occupational Health Module is part of the course where participants learned about hazards at the workplace and how to control risk by reducing the hazardous sources. It is important because it helps make work more efficient, effective and safe. Organisations that address human factors will ensure the machines and equipment are easy and safe to use for their workers.

LIMA BELAS ANGGOTA TUDB MENGHADIRI KURSUS AVIATION PHYSIOLOGY TRAINING (APT) DI REPUBLIK SINGAPURA

REPUBLIK SINGAPURA, Jumaat, 26 Januari 2024 – Kursus Aviation Physiology Training (APT) telah dikendalikan oleh Tentera Udara Republik Singapura (TURS) dari 22 hingga 26 Januari 2024. Kursus tersebut berlangsung di RSAF Aeromedical Centre, Paya Lebar, Republik Singapura. Kursus ini telah dihadiri oleh 15 anggota TUDB yang terdiri daripada 04 Juruterbang, 01 Juruterbang Loan Service,  04 Pelatih Juruterbang dan 07 Anak Buah Pesawat.

Kursus APT bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada juruterbang terhadap kesan persekitaran penerbangan yang boleh memberikan impak kepada mental dan fizikal terutama sekali kepada juruterbang yang beroperasi pada altitude yang tinggi. Kursus ini juga menyediakan latihan fisiologi yang realistik dengan menggunakan aeromedical simulators yang canggih, membolehkan mereka mengalami banyak tekanan fisiologi yang mereka mungkin terdedah semasa mengendalikan pesawat.​

Peserta kursus didedahkan kepada keadaan simulasi terkawal menggunakan Altitude Chamber (Hipobaric), yang mana kabin pesawat disimulasikan untuk mendaki serta menurun dengan kadar cepat. Melalui simulasi ini juga, peserta didedahkan dengan masalah fisiologi seperti kesan rapid decompression, kesan hipoksia dan juga kesan kekurangan oksigen di altitud kabin yang tinggi. Bagi Spatial Disorientation, penggunaan simulator Somatogyral Turntable telah digunakan untuk mendedahkan peserta kursus dengan kejadian dimana peserta dihadapkan dengan situasi yang boleh mengakibatkan gangguan terhadap sistem organ imbangan yang berkemungkinan boleh mengelirukan pengawalan pesawat pada operasi sebenar. Kursus ini bermanfaat untuk aircrew yang akan membuat penerbangan dengan mengambil langkah berjaga-jaga dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Modul Kesihatan Pekerjaan adalah sebahagian daripada kursus tersebut dimana peserta belajar tentang bahaya ditempat kerja dan cara mengawal risiko dengan mengurangkan sumber bahaya.

Ia adalah penting kerana ia membantu menjadikan kerja lebih cekap, berkesan dan selamat. Organisasi yang menangani faktor manusia akan memastikan mesin dan peralatan mudah dan selamat digunakan untuk pekerja mereka.