Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SIX ROYAL BRUNEI ARMED FORCES OFFICERS RECEIVE THE OBOE ENDEAVOUR ACADEMIC EXCELLENCE AWARD 2025



​​TANAH JAMBU, Monday, 9 February 2026 – A total of six Royal Brunei Armed Forces (RBAF) officers received the OBOE Endeavour Academic Excellence Award at a ceremony held at the Defence Academy RBAF, Tanah Jambu.

Present as the Guest of Honour was His Excellency Michael Neil Hoy, Australian High Commissioner to Brunei Darussalam. Also in attendance were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF; Members of the RBAF Executive Committee, the Australian Defence Adviser to Brunei Darussalam, senior officers, the OBOE Award alumni and officials from the Australian High Commission in Brunei Darussalam.

The award recipients were Yang Mulia Lieutenant Commander Shamshu Nuzli Wazri bin Haji Tajuddin, RBN; Yang Mulia Major (Udara) Muhammad Adib bin Haji Hashim; Yang Mulia Major (Udara) Dayangku Aainaamolyatie binti Pengiran Salim; Yang Mulia Major Pengiran Abdul Rahim bin Pengiran Haji Yakup; Yang Mulia Lieutenant Commander Mohammad Asharuddin bin Ahanapiah, RBN; and Yang Mulia Major (Udara) Muhammad Ammar Rusyduddin bin Ahmad.

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by welcoming remarks by Yang Mulia Colonel (Udara) Azmie Iskandar bin Ariffin, Commandant of the Defence Academy RBAF; and a speech by His Excellency Michael Neil Hoy, Australian High Commissioner to Brunei Darussalam.

The OBOE Endeavour Award is an academic excellence programme by the Australian Government, awarded upon Command and Staff Course participants who have achieved outstanding results during the course.  The award recipients will be invited to Australia to meet with key leaders of the Australian Defence Force, tour Australian military bases, participate in educational and cultural activities, and engage in dialogues and discussions.

The programme aims to enhance officers' understanding of Australia and its Defence Force, while highlighting shared regional security interests. This initiative also serves to foster professional relationships between the two armed forces, and further strengthen bilateral defence relations between Brunei Darussalam and Australia. This ceremony marked the eighth edition of the programme since its inauguration in 2018.

The name 'OBOE Endeavour Award' commemorates the Australian Defence Force's contribution to the successful liberation of Borneo during Operation OBOE in the World War II, which also marked the beginning of Brunei Darussalam and Australia's defence relationship.

 


 



ENAM PEGAWAI ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENERIMA ANUGERAH OBOE ENDEAVOUR ACADEMIC EXCELLENCE 2025

TANAH JAMBU, Isnin, 9 Februari 2026 – Seramai enam orang Pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menerima Anugerah OBOE Endeavour Academic Excellence dalam satu majlis yang berlangsung di Akademi Pertahanan ABDB, Tanah Jambu.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Tuan Yang Terutama Michael Neil Hoy, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam. Turut hadir ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB; Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB, Penasihat Pertahanan Australia ke Negara Brunei Darussalam, Pegawai-pegawai Kanan, para alumni Anugerah OBOE dan Pegawai-pegawai dari Kedutaan Besar Australia di Negara Brunei Darussalam.

Penerima-penerima anugerah terdiri daripada Yang Mulia Leftenan Komander Shamshu Nuzli Wazri bin Haji Tajuddin, TLDB; Yang Mulia Mejar (Udara) Muhammad Adib bin Haji Hashim; Yang Mulia Mejar (Udara) Dayangku Aainaamolyatie binti Pengiran Salim; Yang Mulia Mejar Pengiran Abdul Rahim bin Pengiran Haji Yakup; Yang Mulia Leftenan Komander Mohammad Asharuddin bin Ahanapiah, TLDB; dan Yang Mulia Mejar (Udara) Muhammad Ammar Rusyduddin bin Ahmad.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Kolonel (Udara) Azmie Iskandar bin Ariffin, Komandan Akademi Pertahanan ABDB; serta ucapan daripada Tuan Yang Terutama Michael Neil Hoy, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam.

Anugerah OBOE Endeavour merupakan satu program kecemerlangan akademik daripada Kerajaan Australia, yang dianugerahkan kepada peserta-peserta Kursus Maktab Turus yang mencapai keputusan cemerlang semasa kursus tersebut. Para penerima anugerah akan dijemput ke Australia bagi menghadiri sesi pertemuan dengan Pemimpin-pemimpin Kanan Angkatan Pertahanan Australia, melawat pangkalan-pangkalan tentera, menyertai aktiviti pendidikan dan kebudayaan, serta mengikuti sesi dialog dan perbincangan.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman pegawai-pegawai berkenaan mengenai Australia dan Angkatan Pertahanan Australia, di samping memperkukuh persefahaman mengenai kepentingan keselamatan serantau. Inisiatif ini juga berperanan untuk mengeratkan hubungan profesional antara kedua-dua angkatan tentera serta memperkukuh hubungan pertahanan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Australia. Majlis ini merupakan penganjuran kali ke lapan sejak diperkenalkan pada tahun 2018.

Nama 'Anugerah OBOE Endeavour' memperingati sumbangan Angkatan Pertahanan Australia dalam kejayaan pembebasan Borneo semasa Operasi OBOE dalam Perang Dunia Kedua, yang turut menandakan permulaan hubungan pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan Australia.


Attachments