BOLKIAH GARISON, Thursday, 15 January 2026 – Muslims throughout the country today held the Sunat Hajat prayer, recitation of Surah Yasin and Doa Khas for the health and well-being of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam, at several major mosques across all districts in the country.
The Ministry of Defence also held mass Sunat Hajat prayers simultaneously across all suraus in the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) garrisons, camps and bases, including the Pulau Baru-Baru Mosque and Kawkaba Mosque, Marakah Camp, South Lebanon (MALBATT 850-13). The focal point was held at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison.
Present at the ceremony held at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison were Yang Mulia Brigadier General (Udara) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Deputy Commander of the RBAF, Commander of the Joint Force Royal Brunei Armed Forces, Directors, Senior Officers, officers and personnel of the Ministry of Defence.
The ceremony commenced with a mass Fardhu Maghrib and Sunat Hajat prayers, followed by the recitation of Surah Yasin and Doa Khas. The ceremony then concluded with a mass Fardhu Isya’ prayer.
Surau Al-Faizun, Berakas Garison
Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei
Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara, Rimba
Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison
Surau Ar-Rahmah, 3rd Bn Perkhemahan Lumut
Surau Perkhemahan Pengiran Ratna Indera 2BN
Surau PAsukan Sekuriti Gurkha, Sg Akar
Masjid Kampong Pulau Baru-Baru
Surau Al-Quwwah, Perkhemahan Bangar
Surau Asy-Syuhada, Perkhemahan Tanah Jambu
Surau Rejimen Pengawal Diraja, Sungai Akar
Masjid Kawkaba, Kem Marakah, Selatan Lubnan (MALBATT 850-13)
SEMBAHYANG SUNAT HAJAT, BACAAN SURAH YASIN DAN DOA KHAS BAGI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Khamis, 15 Januari 2026 – Umat Islam di Negara Brunei Darussalam pada hari ini telah mengadakan Majlis Sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah Yasin dan Doa Khas bagi kesihatan dan kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darusalam di beberapa buah masjid utama di seluruh daerah di Negara Brunei Darussalam.
Kementerian Pertahanan turut mengadakan Sembahyang Sunat Hajat berjemaah secara serentak di seluruh surau-surau garison, perkhemahan dan pangkalan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dan Masjid Kawkaba, Kem Marakah, Selatan Lubnan (MALBATT 850-13). Majlis tumpuan telah diadakan di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison.
Hadir bagi majlis di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison ialah Yang Mulia Kolonel Brigedier Jeneral (Udara) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Timbalan Pemerintah ABDB, Pemerintah Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pengarah-pengarah, Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai, dan warga Kementerian Pertahanan.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Maghrib dan Sunat Hajat berjemaah dan diteruskan dengan bacaan Surah Yasin dan Doa Khas. Majlis diakhiri dengan Sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah.