
BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 14 January 2026 – Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received a courtesy call from Rear Admiral Sean Wat Jianwen, Chief of Navy, Republic of Singapore Navy (RSN) today. Also present were Commander of Royal Brunei Navy (RBN) and Director of Intelligence.
During the call, the RBAF Commander extended a warm welcome to Rear Admiral Sean Wat Jianwen at the Ministry of Defence, emphasising the significance of the 50th anniversary of defence cooperation between the RBAF and the Singapore Armed Forces (SAF).
The RBAF Commander recognises the enduring bilateral relationship between the RBN and the Singapore Navy, fostered through regular exchange visits, training and exercises, exhibitions and meetings. He highlighted the crucial role of asset transfers, particularly the integration of retired RSN ships into the RBN fleet, in strengthening maritime security, improving interoperability, and fostering regional stability. Commander RBAF hopes that RBN and the RSN will continue to work together to maintain this strong defence relations.
Rear Admiral Sean Wat Jianwen is in Brunei Darussalam for an official visit from 12th until 15th January 2026.


PEMERINTAH ABDB MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PEMERINTAH TENTERA LAUT REPUBLIK SINGAPURA
BOLKIAH GARISON, Rabu, 14 Januari 2026– Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan hormat daripada Laksamana Muda Sean Wat Jianwen, Pemerintah Tentera Laut Republik Singapura (TLRS). Turut hadir adalah Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Pengarah Perisikan.
Semasa kunjungan hormat tersebut, Pemerintah ABDB menyampaikan sambutan mesra kepada Laksamana Muda Sean Wat Jianwen di Kementerian Pertahanan, dengan menekankan kepentingan Ulang Tahun ke-50 Kerjasama Pertahanan antara ABDB dan Angkatan Bersenjata Republik Singapura (ABRS).
Pemerintah ABDB mengiktiraf hubungan dua hala yang berkekalan antara TLDB dan TLRS, yang dipupuk melalui lawatan pertukaran, latihan dan eksesais, pameran dan mesyuarat. Beliau turut menekankan peranan penting pemindahan aset, terutamanya penyatupaduan kapal TLRS yang telah bersara ke dalam armada TLDB, dalam mengukuhkan keselamatan maritim, meningkatkan kesalingoperasian, dan memupuk kestabilan serantau. Pemerintah ABDB berharap TLDB dan TLRS akan terus bekerjasama untuk mengekalkan hubungan pertahanan yang kukuh ini.
Laksamana Muda Sean Wat Jianwen, berada di Negara Brunei Darussalam untuk lawatan rasmi dari 12 hingga 15 Januari 2026.