Skip Ribbon Commands
Skip to main content
146 ROYAL BRUNEI ARMED FORCES CHILDREN RECEIVE OUTSTANDING AWARDS


​TANAH JAMBU, Friday, 9 January 2026 - The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held an Outstanding Awards Ceremony at the Auditorium, Defence Academy RBAF, Tanah Jambu, to celebrate the academic achievements of the children of RBAF officers and personnel for the year 2025.


Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF, who officiated the award presentation. Also in attendance were members of the RBAF Executive Committee, senior officers, as well as parents and guardians of the award recipients.


A total of 146 children of the RBAF officers and personnel received excellence and appreciation awards in the form of certificates and gifts in recognition of their outstanding achievements in the International Baccalaureate (IB), General Certificate of Education (GCE) 'A' Level, GCE 'O' Level, Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB), Sijil Pelajaran Tinggi Ugama Brunei (SPTUB), Sijil Sekolah- Sekolah Rendah Ugama (SSRU), and Penilaian Sekolah Rendah (PSR) examinations. In addition to certificates and gifts from the RBAF, the award recipients also received sponsored gifts from Bank Islam Brunei Darussalam, Takaful Brunei, Imagine Sendirian Berhad, Perusahaan Bismi, and Samima Sendirian Berhad.


This annual event aims to express appreciation to the children of RBAF officers and personnel who have achieved outstanding academic results, while encouraging them to continuously strive for excellence in their educational pursuits. The awards also encourage RBAF officers and personnel to remain committed to caring for and supporting their children's education, in line with aspirations of Brunei Vision 2035, towards producing well-educated, highly skilled, and competitive citizens.











PENGANUGERAHAN KEPADA 146 ANAK-ANAK CEMERLANG ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI


TANAH JAMBU, Jumaat, 9 Januari 2026 - Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Penganugerahan Anak-anak Cemerlang di Auditorium Akademi Pertahanan ABDB, Tanah Jambu, bagi meraikan pencapaian akademik anak-anak Pegawai dan anggota ABDB bagi tahun 2025.


Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, yang telah menyempurnakan penyampaian anugerah tersebut. Turut hadir ialah Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB, Pegawai-pegawai Kanan, serta para ibu bapa dan penjaga penerima-penerima anugerah.


Seramai 146 orang anak-anak Pegawai dan anggota ABDB telah menerima anugerah kecemerlangan dan penghargaan dalam bentuk sijil dan hadiah sebagai pengiktirafan atas pencapaian cemerlang mereka dalam peperiksaan International Baccalaureate (IB), General Certificate Education(GCE) ‘ALevel, GCE 'O' Level, Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB), Sijil Pelajaran Tinggi Ugama Brunei (SPTUB), Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU) dan Penilaian Sekolah Rendah (PSR). Selain daripada menerima sijil dan hadiah daripada pihak ABDB, para penerima-penerima anugerah juga menerima hadiah tajaan daripada Bank Islam Brunei Darussalam, Takaful Brunei, Imagine Sendirian Berhad, Perusahaan Bismi dan Samima Sendirian Berhad. 


Majlis ini merupakan acara tahunan yang diadakan bertujuan untuk merakamkan penghargaan kepada anak-anak Pegawai dan anggota ABDB yang telah mencapai keputusan akademik yang cemerlang, di samping menggalakkan mereka untuk terus berusaha mengekalkan prestasi kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Penganugerahan ini juga sebagai galakkan kepada Pegawai dan anggota ABDB untuk kekal komited dalam memeduli dan menyokong pendidikan anak-anak, selaras dengan aspirasi Wawasan Brunei 2035, ke arah melahirkan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berdaya saing.


Attachments