Skip Ribbon Commands
Skip to main content
OPENING CEREMONY OF THE BRUNEI INTERNATIONAL CADET EXCHANGE PROGRAMME (BICEP) 2025


RIMBA CAMP, Monday, 1 December 2025 — The Opening Ceremony of the Brunei International Cadet Exchange Programme (BICEP) 2025 was held this morning at the Intelligence Training Wing (ITW), Rimba Camp, marking the start of a week-long bilateral youth development programme between the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Military Cadets, Brunei Darussalam, and the National Cadet Corps (NCC), Republic of Singapore.

The ceremony was officiated by the  Guest of Honour, Yang Mulia Lieutenant Colonel Hairin bin Haji Jafar, Commanding Officer, Royal Brunei Malay Reserve Regiment. Also present as a Special Guest was Yang Mulia Hajah Rosediana binti Haji Hidop, Head of Uniformed Groups and Services Division, Department of Co-Curricular Education, Ministry of Education. The delegation from the NCC Singapore was led by Yang Mulia Senior Lieutenant Colonel Mohd Nizam bin Yahya, Commandant of NCC Singapore, who attended together with the Singaporean contingent for this year’s exchange programme.

The ceremony commenced with the Recitation of Surah Al-Fatihah, followed by welcoming remarks and an opening address delivered by the Guest of Honour. In his opening speech, Yang Mulia Lieutenant Colonel Hairin bin Haji Jafar highlighted the enduring friendship and cooperation between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore, noting that BICEP continues to serve as a meaningful platform for youth leadership, cultural appreciation, and military style experiential learning. He further emphasised the importance of fostering strong cadetship values such as discipline, resilience, teamwork, and mutual respect values that align with the objectives of both countries’ military cadet development programmes.

The event concluded with a Group Photo Session, symbolising the unity and collaborative spirit of both contingents.







MAJLIS PERASMIAN BRUNEI INTERNATIONAL CADET EXCHANGE PROGRAMME (BICEP) 2025 

KEM RIMBA , Isnin, 1 Disember 2025  Majlis Pembukaan Program Pertukaran Kadet Antarabangsa Brunei (BICEP) 2025 telah berlangsung dengan rasminya pada pagi ini bertempat di Intelligence Training Wing (ITW), KemRimba , menandakan permulaan program pembangunan belia dua hala selama seminggu antara Kadet Tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Negara Brunei Darussalam dan National Cadet Corps (NCC), Republik Singapura.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Tetamu Kehormat, Yang Mulia Leftenan Kolonel Hairin bin Haji Jafar, Pegawai Pemerintah Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei. Turut hadir sebagai Tetamu Khas ialah Yang Mulia Hajah Rosediana binti Haji Hidop, Ketua Bahagian Beruniform dan Perkhidmatan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan. Delegasi dari NCC Singapura pula diketuai oleh Yang Mulia Senior Leftenan Kolonel Mohd Nizam bin Yahya, Komandan NCC Singapura, yang hadir bersama kontijen Singapura bagi program pertukaran tahun ini.

Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan ucapan alu-aluan dan ucapan pembukaan yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat.  Dalam ucapan beliau, Yang Mulia Leftenan Kolonel Hairin bin Haji Jafar menekankan hubungan persahabatan dan kerjasama erat antara Brunei Darussalam dan Republik Singapura, serta menyatakan bahawa BICEP terus menjadi wadah bermakna dalam pembentukan kepimpinan belia, penghayatan budaya, dan pembelajaran berkonsep ketenteraan. Beliau juga menegaskan kepentingan penerapan nilai-nilai kadet seperti disiplin, ketahanan diri, kerjasama berpasukan, dan saling menghormati nilai yang seiring dengan matlamat program pembangunan kadet ketenteraan kedua-dua negara.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai yang melambangkan semangat perpaduan dan kerjasama antara kedua-dua kontijen.​


Attachments