Skip Ribbon Commands
Skip to main content
FLAG LOWERING CEREMONY IN CONJUNCTION WITH HIS MAJESTY’S 79TH BIRTHDAY CELEBRATION


BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 13 October 2025 – Brunei Darussalam’s National flag which was hoisted on 1 July has been lowered down, in a ceremony marking the conclusion for the period of hoisting of flags in conjunction with the 79th birthday celebrations of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, at the vicinity of the Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex. The lowering of the national flag was officiated by Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Minister of Development.

The ceremony was attended by Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence, Yang Mulia Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Deputy Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Joint Force Ccommander, Deputy Service Commanders, Legislative Council Members, Permanent Secretaries, Deputy Permanent Secretaries, Heads of Departments, Deputy Heads of Departments, Heads of Mukims and Villages and invited guests.

The national flag was lowered by 20 personnel from the Royal Brunei Navy led by Lieutenant Junior Grade Ak Muhd Rafe’e bin Pg Muhd Mahrizalluddin, RBN at the Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex. The entire proceeding was accompanied by the National Anthem, 'Allah Peliharakan Sultan' and the recitation of Doa Selamat to conclude the ceremony.








UPACARA PENURUNAN BENDERA BESAR NEGARA SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA YANG KE 79 TAHUN

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 13 Oktober 2025 – Upacara penurunan bendera besar Negara Brunei Darussalam menandakan berakhirnya tempoh pengibaran bendera sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-79 yang bermula pada 1 Julai yang lepas, di kawasan lapang berdekatan bangunan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Bandar Seri Begawan. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda Bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan.

Turut hadir semasa upacara penurunan bendera besar negara ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif Bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Timbalan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pemerintah Markas Angkatan Bersama, Timbalan-Timbalan Pemerintah Angkatan Tentera, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Timbalan-Timbalan Ketua Jabatan, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan para jemputan.

Seramai 20 orang anggota dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) yang diketuai oleh Leftenan Madya Ak Muhd Rafe’e bin Pg Muhd Mahrizalluddin, TLDB terlibat bagi acara tersebut. Penyempurnaan upacara tersebut diteruskan dengan lagu kebangasaan, ‘Allah Peliharakan Sultan’ dan bacaan Doa Selamat bagi mengakhiri upacara penurunan bendera besar negara. 


Attachments