AMMAN, HASHEMITE KINGDOM OF JORDAN, Thursday, 09 October 2025 – The Special Forces Regiment Royal Brunei Armed Forces (SFR RBAF), representing Brunei Darussalam emerged as Second Place winner at the 14th Annual Warrior Competition (AWC) 2025, held at the King Abdullah II Special Operations Training Center (KASOTC) in Amman, Hashemite Kingdom of Jordan, from 05 October until 09 October 2025.
This year, AWC featured 38 teams from 23 countries and seven countries as observers, with Brunei Darussalam being the only participant from the Indo-Pacific Region. This year’s competition consisted of a grueling four days of testing the team’s marksmanship, physical, mental, and psychological endurance to simulate actual operational conditions.
The competition consisted of four obstacles: “Top Shot”, a shooting challenge to determine the top marksman; “Trail of Victory”, an endurance event involving loaded carries, navigation through obstacles and engagement with sniper; “Steel Arrow”, a two-man spotter and shooter event using sniper rifles; “Last Chance”, an event requiring teams to manually breach CQB buildings and clear targets; and the final event, “The King’s Challenge”, in which only the top fifteen teams from the competition were invited to participate.
The SFR RBAF achieved first place in the “Last Chance” event and third place in the “Steel Arrow” challenge. Their performance earned them a place for the “King’s Challenge”, where they ultimately secured second place overall.
The competition concluded with the Counter-Terrorism Service, Republic of Iraq emerging as the overall champion followed by the SFR RBAF in second place and the 71st Royal Special Forces, Hashemite Kingdom of Jordan in third place.
The AWC is an annual special forces competition hosted by the Jordan Armed Forces that brings together elite special forces, military and law enforcement units worldwide. The competition is tailored to challenge, enhance and hone the abilities of the competing teams. It highlights individual skills in multiple counter-terrorism scenarios and their teamwork to plan and execute realistic and challenging tasks. The AWC is also a platform to exchange tactics, sharing experiences and develop international cooperation in Special Operations.



REJIMEN PASUKAN KHAS NAIB JOHAN DALAM PERTANDINGAN PASUKAN KHAS ANTARABANGSA
AMMAN, KERAJAAN HASYIMIAH JORDAN, Khamis, 09 Oktober 2025 - Rejimen Pasukan Khas, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (RPK ABDB) yang mewakili Negara Brunei Darussalam, telah berjaya meraih kedudukan Naib Johan keseluruhan dalam Pertandingan
Annual Warrior Competition (AWC) ke-14 bagi tahun 2025, yang telah berlangsung di
King Abdullah II Special Operations Training Center (KASOTC), Amman, Kerajaan Hasyimiah Jordan, dari 05 hingga 09 Oktober 2025.
Pada tahun ini, AWC telah disertai oleh 38 pasukan daripada 23 buah negara dan 7 buah negara sebagai pemerhati, yang mana Negara Brunei Darussalam adalah satu-satu negara peserta dari rantau Indo Pasifik.
Pertandingan pada kali ini berlansung selama empat hari yang mencabar untuk menguji kemahiran menembak, keupayaan fizikal, mental dan kecekalan psikologi pasukan untuk mensimulasikan keadaan operasi yang sebenar.
Sebanyak empat acara yang dipertandingkan di antaranya terdiri daripada: “Top Shot”, acara
menembak yang menguji kepantasan, ketepatan dan ketelitian bagi menentukan penembak terbaik; “Trail of Victory”, acara yang menggabungkan ketahanan fizikal melalui navigasi serta menembak menggunakan senjata penembak tepat; “Steel Arrow”, pertandingan bagi penembak tepat berpasangan; “Last Chance”, acara yang memerlukan pasukan memecah masuk bangunan dan menumpaskan sasaran, dan acara terakhir yang digelar “The King’s Challenge”, iaitu acara yang cuma disertai oleh 15 pasukan teratas di sepanjang pertandingan tersebut.
RPK ABDB berjaya meraih tempat pertama dalam acara “Last Chance” dan tempat ketiga dalam cabaran “Steel Arrow”. Prestasi konsisten mereka sepanjang pertandingan melayakkan RPK ABDB ke acara “The King’s Challenge”, di mana mereka menamatkan pertandingan dengan kedudukan tempat kedua keseluruhan.
Pertandingan tersebut berakhir dengan
Counter-Terrorism Service, Republik Iraq dinobatkan sebagai juara keseluruhan, diikuti oleh RPK ABDB di tempat kedua, dan
71st Royal Special Forces, Kerajaan Hashimiyah Jordan, di tempat ketiga.
AWC merupakan pertandingan tahunan yang dikendalikan oleh Angkatan Bersenjata Jordan yang disertai oleh pasukan-pasukan khas elit, unit-unit angkatan tentera dan penguatkuasaan undang-undang dari seluruh dunia. Pertandingan ini disesuaikan untuk mencabar, meningkatkan dan mengasah kebolehan pasukan-pasukan yang bertanding. Ianya bertujuan untuk menyerlahkan kemahiran individu di dalam pelbagai senario untuk memerangi keganasan dan kerja berpasukan untuk merancang dan melaksanakan tugasan yang realistik serta mencabar. Pertandingan ini juga dijadikan landasan untuk pertukaran pengetahuan taktik, berkongsi pengalaman dan membina kerjasama antarabangsa di dalam Operasi Khas.