Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SPECIAL SESSION WITH COMMANDER OF THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES FOR JUNIOR OFFICERS RANKED CAPTAIN/LIEUTENANT, RBN AND LIEUTENANT/ LIEUTENANT JUNIOR GRADE, RBN


BOLKIAH GARISON, Thursday, 02 October 2025 – Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), held a special meeting with 420 junior RBAF officers holding the ranks of Captain/Lieutenant, RBN, and Lieutenant/Lieutenant Junior Grade, RBN. The Director of Personnel, Ministry of Defence, was also present.


The meeting highlights the RBAF Commander’s commitment in guiding junior officers in their role as future leaders of RBAF. Officers were reminded of the importance of carrying out their responsibilities with integrity, dedication, and professionalism. They were encouraged to set a positive example by embodying the RBAF Leadership Model, which focuses on Values, Abilities, Style, Traits, and Skills. Resilient and effective leadership is essential for managing both professional challenges and personal matters effectively, so officers can serve as role models for their subordinates.


During the session, the RBAF Commander highlighted points he made when assuming leadership on 01 March 2022. He referred to the Titah of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam to the RBAF, which emphasizes five key areas: Leadership, Training, Discipline, Planning, and Management. By mastering these areas, junior officers can help shape RBAF into a highly capable organization that remains strong and resilient as the nation’s primary defence force. In this context, Leadership, Discipline, and Military Regimentation were highlighted as pillars to prevent misconduct and other negative behaviours that could compromise RBAF’s credibility, including violations of Civil, Military, or Shariah Law.


The RBAF Commander also acknowledged the pressures faced by junior officers from social, technological, and economic influences. He reminded them of the importance of managing work and personal stress, maintaining mental health, and ensuring physical fitness. This enables them to act rationally and responsibly, avoiding decisions driven by emotion that could have consequences for themselves and the RBAF.


Furthermore, officers were reminded of the noble responsibility entrusted to them through the Letter of Credence granted by His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam. Officers were urged to uphold and practice the RBAF Core Values in the execution of all duties as well as their daily lives. The RBAF Commander warned that disciplinary action will be taken against any officer who violates any law and regulations. This demonstrates the RBAF’s firm stance and reflects RBAF’s continuing commitment towards maintaining high standards of integrity, discipline, and military ethics


Before concluding the session, the RBAF Commander encouraged junior officers to continue to serve selflessly, faithfully and honour the trust of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam by carrying out their duties responsibly, maintaining discipline, and upholding the RBAF’s respected image through the RBAF Leadership Model.


This meeting is part of the RBAF Commander’s ongoing initiative to strengthen the RBAF Leadership Model by personally delivering Leadership Talks to all levels of RBAF personnel. The initiative raises awareness of each officer’s role in carrying out duties and maintaining RBAF’s reputation. Since assuming command, this initiative has reached 8,495 RBAF officers and personnel through phased participation.





PERJUMPAAN KHAS PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI BERSAMA PEGAWAI MUDA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI BERPANGKAT KAPTEN/LEFTENAN, TLDB DAN LEFTENAN/LEFTENAN MADYA, TLDB



BOLKIAH GARISON, Khamis, 02 Oktober 2025 – Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah mengadakan perjumpaan khas bersama 420 orang pegawai muda ABDB berpangkat Kapten/Leftenan, TLDB dan Leftenan/Leftenan Madya, TLDB. Turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah Pengarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan.


Perjumpaan khas ini merupakan komitmen berterusan Pemerintah ABDB dan antara lain bertujuan untuk menekankan peranan para pegawai yang hadir sebagai peneraju ABDB di masa depan untuk menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah. Oleh itu, adalah penting bagi mereka untuk menjadi contoh yang baik dengan mempunyai kepimpinan selaras dengan Model Kepimpinan ABDB, yang menfokuskan kepada Nilai, Keupayaan, Corak, Ciri dan Kemahiran. Para pegawai perlu mempunyai kepimpinan yang mantap dan mampu mengurus cabaran tugas serta urusan peribadi, agar dapat menjadi rujukan kepada anggota yang dipimpin.


Dalam sesi ini, Pemerintah ABDB turut mengingatkan apa yang telah beliau sampaikan semasa mengambil alih tampuk kepimpinan pada 01 Mac 2022 yang lalu, mengenai petikan Titah Perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk ABDB berkenaan lima aspek yang sering ditekankan iaitu aspek Kepimpinan, Latihan, Disiplin, Perancangan dan Pengurusan yang baik dan cekap. Dengan menguasai kelima-lima aspek ini, mereka sebagai pemimpin muda akan dapat mencorak dan membentuk ABDB menjadi organisasi yang mahir dalam peranannya serta kuat dan utuh sebagai benteng utama pertahanan negara. Ke arah itu, Pemerintah ABDB mengkaitkan kepentingan Kepimpinan, Disiplin dan Rejimentasi Ketenteraan sebagai tonggak penangkis kepada segala gejala dan anasir negatif yang boleh mengancam kredibiliti ABDB seperti melakukan Kesalahan Sivil, Tentera mahupun Syariah. 


Dalam hal yang sama, Pemerintah ABDB memahami cabaran yang diharungi oleh mereka sebagai pemimpin muda berikutan pengaruh daripada persekitaran, teknologi sosial dan ekonomi, namun beliau dengan tegas mengingatkan mereka mestilah mampu mengawal tekanan tugas dan peribadi masing-masing serta memastikan kesihatan mental mereka sentiasa sihat selain menjaga kesihatan dan ketahanan jasmani mereka bagi membolehkan mereka bertindak dengan penuh rasional dan bukannya dikawal oleh emosi yang membawa padah bukan saja kepada mereka malahan kepada ABDB.


Seterusnya, Pemerintah ABDB turut mengingatkan bahawa setiap pegawai telah menerima amanah mulia melalui Watikah Pelantikan yang dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Oleh itu, para pegawai hendaklah memegang teguh, mengamati dan mengamalkan Nilai-Nilai Teras ABDB dalam setiap pelaksanaan tugas dan tanggungjawab serta dalam kehidupan seharian. Pemerintah ABDB juga secara tegas menekankan bahawa tindakan tatatertib yang keras akan diambil terhadap mana-mana pegawai yang melanggar undang-undang dan peraturan Negara (Sivil mahupun Syariah) dan ABDB. Pesanan ini jelas mencerminkan kedudukan ABDB untuk tidak berkompromi dalam isu disiplin, sambil memastikan seluruh warga ABDB menjunjung tinggi nilai integriti, undang-undang dan etika ketenteraan.


Sebelum mengakhiri sesi perjumpaan ini, Pemerintah ABDB menyeru para pegawai muda agar terus berbakti dengan telus serta membalas jasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan melaksanakan amanah, menjaga disiplin serta mengekalkan imej ABDB yang cemerlang melalui penghayatan Model Kepimpinan ABDB.


Perjumpaan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan Pemerintah ABDB dalam memperkasakan Model Kepimpinan ABDB melalui sesi Leadership Talk yang disampaikan secara peribadi kepada semua lapisan warga ABDB. Inisiatif ini antara lain meningkatkan kesedaran terhadap peranan masing-masing dalam melaksanakan tugas dan menjaga nama baik ABDB. Sejak mengambil alih tampuk Kepimpinan ABDB, inisiatif ini telah berjaya menghimpunkan seramai 8,495 pegawai dan anggota ABDB secara berperingkat.


Attachments