
BOLKIAH GARRISON, Monday, 15 September 2025 – The Ministry of Defence held a
Doa Selamat Ceremony for the departure of the Augmentation Interim Observers Team (AIOT) officer at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison this afternoon.
Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). Also in attendance were the Joint Force Commander, Deputy Services Commanders, Directors, Deputy Director of the Ministry of Foreign Affairs, Defence Adviser of Malaysia to Brunei Darussalam, senior officers, officers and personnel of the Ministry of Defence.
The ceremony commenced with the
Sunat Hajat and
Fardhu ‘Asr prayers, followed by the recitation of
Sayyidul Istighfar,
Surah Al-Fatihah, Surah Yaasin, and
Asmaul Husna, followed by a
Tazkirah titled
‘Kerjasama Dalam Mencapai Keamanan’ delivered by Yang Mulia Mohammad Fahmi bin Haji Matnor, officer from the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate (JAMA’AT). The event then proceeded with the presentation of a souvenir to the AIOT officer, accompanied by the chanting of Dikir Marhaban.
Subsequently, the ceremony continued with the recitation of
Doa Selamat and
Selawat Qiam followed by Doa untuk Kedua Ibu Bapa & Memohon Kebaikan Dunia & Akhirat serta dijauhkan dari Api Neraka led by Major Md Nasyrul Wafiy bin Hj Mahdini, officer from RBAF JAMA’AT.
The AIOT, led by Malaysia, is an ASEAN observers group tasked to monitor and help maintain the ceasefire along the Cambodia–Thailand border following the outbreak of conflict in July 2025. RBAF’s representative for the AIOT, Yang Mulia Major (U) Pengiran Abdul Azim bin Pengiran Idris is scheduled to depart tomorrow to Siam Reap, Cambodia.
RBAF’s involvement is in line with the Ministry of Foreign Affairs’ statement on Brunei Darussalam’s readiness to support regional and international peace efforts in fostering mutual respect, good camaraderie and upholding the sovereignty. The participation in the AIOT stands as a significant symbol of Brunei Darussalam's contribution to regional peace and stability, and steadfast commitment to peacekeeping and humanitarian mission.






MAJLIS DOA SELAMAT BAGI PEMERGIAN PEGAWAI AUGMENTATION INTERIM OBSERVER TEAM (AIOT)
BOLKIAH GARISON, Isnin, 15 September 2025 – Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Doa Selamat bagi pemergian pegawai Augmentation Interim Observers Team
(AIOT) yang berlangsung di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison pada petang ini.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Turut hadir di majlis tersebut ialah Pemerintah Angkatan Bersama, Timbalan-Timbalan Pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-Pengarah, Timbalan Pengarah Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Penasihat Pertahanan Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan warga Kementerian Pertahanan.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Hajat dan Fardhu ‘Asr, Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah, Surah Yaasin dan Asmaul Husna, diikuti dengan Tazkirah bertajuk ‘Kerjasama Dalam Mencapai Keamanan’ yang disampaikan oleh Yang Mulia Mohammad Fahmi bin Haji Matnor, pegawai daripada Jabatanarah Agama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT). Majlis kemudiannya disusuli dengan penyampaian cenderahati kepada pegawai AIOT dan diiringi dengan laungan Dikir Marhaban.
Majlis diteruskan dengan bacaan
Doa Selamat dan
Selawat Qiam dan diikuti dengan Doa untuk Kedua Ibu Bapa & Memohon Kebaikan Dunia & Akhirat serta dijauhkan dari Api Neraka yang dipimpin oleh Mejar Md Nasyrul Wafiy bin Hj Mahdini, pegawai daripada JAMA’AT ABDB.
AIOT, yang diterajui oleh Malaysia merupakan kumpulan pemerhati ASEAN yang ditugaskan untuk memantau dan membantu mengekalkan gencatan senjata di sepanjang sempadan Kemboja–Thailand selepas tercetusnya konflik pada Julai 2025. Mejar (U) Pengiran Abdul Azim bin Pengiran Idris selaku perwakilan ABDB bagi
AIOT dijadualkan akan bertolak esuk ke Siam Reap, Kemboja.
Penglibatan ABDB ini selari dengan kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri mengenai kesediaan Negara Brunei Darussalam dalam menyokong usaha pengamanan serantau dan antarabangsa dalam memupuk kehormatan bersama, hubungan kejiranan yang baik, serta menegakkan kedaulatan negara. Penyertaan
AIOT merupakan simbol sumbangan penting Negara Brunei Darussalam kepada keamanan dan kestabilan serantau serta bukti komitmen berterusan terhadap misi keamanan dan kemanusiaan.