INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (ICC), Wednesday, 10 September, 2025 – The 13th Haflut Takharruj Ceremony of the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Tahfiz Al-Quran (ITQSHHB) for 27 Diploma ‘Aliyah Qiraat graduates of the 2022–2025M academic session was held recently.
Gracing the ceremony was His Royal Highness Crown Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Deputy Sultan, together with His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik.
Among those honoured was 56336 Private Abdurrahman bin Haji Mohammad Azmi, a member of Company C, First Battalion of the Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF), who successfully completed his studies. The 21-year-old Private Abdurrahman also completed his Basic Military Training at the RBAF Training Institute on 22 August 2025.
In addition to his achievements in the field of religious studies, Private Abdurrahman is currently attending the Advanced Infantry Course Series 8/2025 for graduates of the 177th intake of recruits, which runs from 8 September to 5 December 2025 at the Second Battalion of the Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF), Tutong Camp.
This accomplishment reflects his commitment to balancing excellence in both areas: memorisation and knowledge of the Al-Quran, as well as military professionalism, in line with the Royal Brunei Armed Forces’ aspiration to produce disciplined, knowledgeable, and morally upright personnel, guided by the philosophy of Malay Islamic Monarchy (MIB).


MAJLIS HAFLUT TAKHARRUJ KALI KE-13 INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH (ITQSHHB) BAGI GRADUAN DIPLOMA ‘ALIYAH QIRAAT SESI PENGAJIAN 2022 - 2025
PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA (ICC), Rabu, 10 September 2025 – Majlis Haflut Takharruj kali ke-13 Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) bagi 27 orang graduan Diploma ‘Aliyah Qiraat sesi pengajian 2022 – 2025M telah berlangsung baru-baru ini.
Berkenan berangkat ke majlis tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan, beserta Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik.
Antara yang diraikan pada hari berkenaan adalah 56336 Soldadu Abdurrahman bin Haji Mohammad Azmi, anggota Kompeni C, Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB), yang telah menamatkan pengajian beliau dengan jayanya. Soldadu Abdurrahman, berusia 21 tahun, merupakan salah seorang lepasan Diploma Aliyah Qiraat yang diraikan. Beliau juga telah selesai menjalani latihan asas ketenteraan bertempat di Institut Latihan ABDB pada 22hb Ogos 2025 yang lalu.
Selain pencapaian dalam bidang agama, Soldadu Abdurrahman sekarang mengikuti Kursus Lanjutan Infantri (Advanced Infantry Course) Siri 8/2025 bagi lepasan anggota rekrut Pengambilan ke-177 bermula pada 08 September hingga 05 Disember 2025 bertempat di Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB), Perkhemahan Tutong.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen beliau untuk mengimbangi kecemerlangan dalam kedua-dua bidang: hafazan dan ilmu Al-Quran serta profesionalisme ketenteraan, sesuai dengan hasrat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei untuk melahirkan anggota tentera yang berdisiplin, berilmu dan berakhlak mulia, berlandaskan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB).