Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE AND ROYAL BRUNEI ARMED FORCES ATTEND THE 16TH LIMA’ 23

LANGKAWI, Tuesday, 23 May 2023 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at The Prime Minister's Office and Minister ​of Defence II led a delegation of Negara Brunei Darussalam to the 16th Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2023 (LIMA ‘23) held from 23 May until 27 May 2023 at the Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) Langkawi, Malaysia.

In his delegation were His Excellency Brigadier General (Retired) Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Saidin, High Commissioner of Brunei Darussalam to Malaysia, Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Captain Haji Mohamad Sarif Pudin bin Matserudin, RBN, Acting Commander of the Royal Brunei Navy (RBN), Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF) and senior officers from RBAF.

On the sidelines of the LIMA ’23, Yang Berhormat Minister at The Prime Minister's Office and Minister of Defence II also had the opportunity to have a bilateral meeting with Yang Berhormat Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Minister of Defence of Malaysia. At the bilateral meeting Yang Berhormat Pehin congratulated Yang Berhormat Minister of Defence of Malaysia for the success of the 16th LIMA ‘23 exhibition this year. Both sides also highlighted the strong defence relations between Brunei Darussalam and Malaysia and further shared various strategic issues of mutual interest, including the current regional and global security situation.

This year the Royal Brunei Navy KDB DARULEHSAN and other international navies namely, Indonesia, Singapore, Vietnam, China, United States of America, India, Pakistan, South Korea, Italy and Japan participated at the LIMA ‘23 Fleet Review held at the Resort World Langkawi. The LIMA ‘23 Fleet Review was graced by Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim, the Prime Minister of Malaysia. The RBN's participation in this year’s LIMA ‘23 Fleet Review signifies the longstanding and strong defence relationship between both navies of Negara Brunei Darussalam and Malaysia.

The LIMA ’23 the 16th in its series is a biennial event as The Nexus of Maritime and Aerospace Trade, which combines the best of the aerospace and maritime industries and is one of the largest maritime and aerospace exhibitions in the Asia-Pacific. The prestigious international defence exhibition hosted by the Malaysian Ministry of Defence and Ministry of Transport organised by Alpine Integrated Solution Sdn Bhd, with the support from the Malaysian Armed Forces, Royal Malaysia Police and the Malaysian Defence Industry Council (MDIC). 

LIMA ’23 exhibition this year was attended by Ministers of Defence and Ministers of Transport, Service Chiefs and Senior Officers from 60 countries. Over 600 invited companies from 30 nations in the region and international companies from various defence/security and commercial sectors took part in the exhibition consisting of maritime and aerospace industry sectors (both for Defence and Commercial) and up to 20 international pavilions from the United States of America, China, the United Kingdom, France, the United Arab Emirates, Indonesia, Thailand, Italy, Turkey, Brazil, Germany, Singapore, South Korea, Pakistan, India, Bangladesh, Saudi Arabia, Belgium, the Czech Republic and others. The Ministry of Defence and the RBAF’s attendance at this exhibition provides an ideal platform to enhance engagement in defence technologies and systems realising capability development within the Ministry of Defence and the RBAF. 








KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENGHADIRI LIMA’ 23 KE 16


LANGKAWI, Selasa, 23 Mei 2023 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II telah mengetuai delegasi Negara Brunei Darussalam ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23) ke-16 yang diadakan pada 23 Mei hingga 27 Mei 2023 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) Langkawi, Malaysia.


Turut serta dalam delegasi tersebut ialah Tuan Yang Terutama Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Saidin, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Kapten Haji Mohamad Sarif Pudin bin Matserudin,TLDB, Pemangku Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) serta Pegawai-Pegawai Kanan ABDB.


Di acara berasingan LIMA ’23, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II juga mengadakan perjumpaan dua hala bersama Yang Berhormat Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Pertahanan Malaysia, semasa perjumpaan tersebut Yang Berhormat Pehin berpeluang untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan perlaksanaan LIMA ’23 ke-16 pada tahun ini.  Kedua-dua pihak juga menekankan hubungan pertahanan yang kukuh antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia dan seterusnya berkongsi pelbagai isu strategik kepentingan bersama, termasuk situasi keselamatan serantau dan global.


Pada tahun ini, KDB DARULEHSAN Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan kapal-kapal tentera antarabangsa iaitu kapal-kapal daripada Indonesia, Singapore, Vietnam, China, Amerika Syarikat, India, Pakistan, South Korea, Italy dan Negara Jepun telah berpeluang untuk menyertai "Fleet Review" sempena LIMA ’23 di Resort World Langkawi.  "Fleet Review" sempena LIMA ’23 ke-16 ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Penyertaan TLDB dalam "Fleet Review" sempena LIMA '23 ini menandakan hubungan pertahanan yang terjalin lama dan kukuh antara kedua-dua Tentera Laut Negara Brunei Darussalam dan Malaysia.


LIMA ’23 siri yang ke-16 ini merupakan pameran dwitahunan sebagai The Nexus of Maritime and Aerospace Trade yang menggabungkan industri aeroangkasa dan maritim merupakan salah satu pameran maritim dan aeroangkasa terbesar di Asia-Pasifik. Pameran pertahanan antarabangsa yang berprestij ini telah dihoskan oleh Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan Malaysia yang dianjurkan oleh Syarikat Alpine Integrated Solution Sdn Bhd, dengan sokongan dan kerjasama daripada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Majlis Industri Pertahanan Malaysia (MDIC).


Pameran LIMA ‘23 ke-16 pada tahun ini telah melibatkan delegasi-delegasi Menteri Pertahanan dan Menteri Pengangkutan, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera dan Pegawai Kanan dari 60 negara. Pemaren LIMA ’23 ini telah menarik perhatian lebih 600 pelawat perdagangan daripada 30 syarikat di rantau dan antarabangsa dari sektor pertahanan keselamatan dan komersial yang terdiri daripada sektor industri Maritim dan Aeroangkasa dan melibatkan astaka antarabangsa dari Amerika Syarikat, China, United Kingdom, Perancis, United Arab Emirates, Indonesia, Thailand, Itali, Türkiye, Brazil, Jerman, Singapura, Korea Selatan, Pakistan, India, Bangladesh, Arab Saudi, Belgium, Republik Czech dan lain-lain.  Kehadiran pihak Kementerian Pertahanan dan ABDB ke pameran ini merupakan salah satu platform yang ideal bagi mempertingkatkan lagi penglibatan dan pendedahan industri dalam teknologi dan sistem pertahanan yang bertujuan untuk merealisasikan pembangunan keupayaan Kementerian Pertahanan dan ABDB.


Attachments