Skip Ribbon Commands
Skip to main content
HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM GRACED THE COMMISSIONING CEREMONY OF PATROL VESSEL KDB AS-SIDDIQ


​​​MUARA NAVAL BASE, Tuesday, 21 March 2023 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, today graced the Commissioning Ceremony of Patrol Vessel KDB AS-SIDDIQ held at Jetty Bravo of Muara Naval Base. 


Upon arrival, His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam was greeted by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II Brunei Darussalam, His Excellency Dr. Ng Eng Hen, Minister for Defence Republic of Singapore and senior leadership of the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), as well as from the Republic of Singapore Ministry of Defence and Singapore Armed Forces (SAF), Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander RBAF, Lieutenant General Dato Paduka Seri Melvyn Ong Su Kiat, Chief of Defence Force, SAF, Rear Admiral Sean Wat Jianwen, Chief of the Republic of Singapore Navy (RSN), Captain Haji Mohamad Sarif Pudin bin Matserudin, RBN, Acting Commander of the Royal Brunei Navy (RBN).

The ceremony began with His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam received the Royal Salute and inspected the Parade comprising 110 RBN personnel led by Lieutenant Commander Ahmad Afifi bin Awang Antin, RBN. Then, ceremonial proceedings continued at the Commissioning Dais with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN, Director of RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). 

His Majesty then proceeded to deliver the Commissioning Titah and awarded KDB AS-SIDDIQ with its Commissioning Pennant presented to Lieutenant Commander Haji Mohammad Arnold bin Haji Osman, RBN, Commanding Officer of KDB AS-SIDDIQ. This was followed by the inaugural hoisting of the Commissioning Pennant and RBN Ensign, accompanied by the National Anthem.

The commissioning was further blessed with the calling of the Azan and recitation of Doa by the JAMA’AT Director, after which His Majesty was then invited for a ship’s tour onboard KDB ASSIDDIQ. 

The ceremony ended with a group photo on Jetty Bravo with KDB AS-SIDDIQ in the background before proceeding to the RBN Officers’ Mess for an executive session between His Majesty and key leaders from both nation’s Ministry of Defence, Armed Forces and Navies and this was followed by a luncheon. 

The handing over of the ship, previously known as RSS BRAVE, is the result of the close collaboration between the two Armed Forces and Navies. The renaming of the ship from RSS BRAVE to KDB AS-SIDDIQ, which is translated to "truthful," holds a profound significance that embodies the strong bilateral relationship between RBN and RSN. Over the years, Brunei Darussalam and the Republic of Singapore had worked closely together, built on a foundation of trust, mutual respect, and understanding. These qualities will continue to play a pivotal role in strengthening cooperation between both nations in the years to come. 

The Commissioning Ceremony of KDB AS-SIDDIQ marked a significant milestone in defence diplomacy between Negara Brunei Darussalam and the Republic of Singapore. In addition, this has become an important part of history of the RBN as well as RBAF’s development.
















KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN BERANGKAT KE UPACARA PENTAULIAHAN KAPAL PERONDA KAPAL DIRAJA BRUNEI AS-SIDDIQ 

PANGKALAN MUARA, TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI, Selasa, 21 Mac 2023 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat ke Upacara Pentauliahan Kapal Peronda Kapal Diraja Brunei AS-SIDDIQ di Jeti Bravo, Pangkalan Tentera Laut Muara. 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Jeti Bravo dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr. Ng Eng Hen, Menteri Pertahanan Republik Singapura dan lapisan kepimpinan Kementerian Pertahanan Brunei, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Kementerian Pertahanan Republik Singapura, dan juga Angkatan Bersenjata Republik Singapura (ABRS) iaitu Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, Leftenan Jeneral Dato Paduka Seri Melvyn Ong Su Kiat, Pemerintah ABRS, Laksamana Muda Sean Wat Jianwen, Pemerintah Tentera Laut Republik Singapura (TLRS), Kepten Haji Mohamad Sarif Pudin bin Matserudin, TLDB, Pemangku Pemerintah TLDB. 

Upacara tersebut bermula dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam menerima Tabik Hormat Diraja dan seterusnya memeriksa Kawalan Kehormatan yang merangkumi 110 anggota TLDB yang diketuai Leftenan Komander Ahmad Afifi bin Awang Antin, TLDB. Upacara tersebut diteruskan dengan menjunjung Kebawah Duli Yang Maha Mulia berangkat ke Dais Pentauliahan di mana bacaan Surah Al-Fatihah telah dibacakan oleh Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB, Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT). 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudian berkenan mengurniakan Titah Pentauliahan dan juga mengurniakan Commissioning Pennant kepada KDB AS-SIDDIQ yang diterima oleh Leftenan Komander Haji Mohammad Arnold bin Haji Osman, TLDB, Pegawai Pemerintah KDB AS-SIDDIQ. Upacara dilanjutkan dengan pengibaran Commissioning Pennant dan panji-panji TLDB di atas KDB AS-SIDDIQ yang diiringi dengan lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan laungan Azan bagi memberkati pentauliahan KDB AS-SIDDIQ. Kemudian Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung bagi tinjauan kapal KDB AS-SIDDIQ, sejurus bacaan Doa Selamat dibacakan oleh Pengarah JAMA’AT. 

Upacara Pentauliahan berakhir dengan sesi bergambar ramai di Jeti Bravo berlatar belakangkan KDB AS-SIDDIQ dan seterusnya Kebawah Duli Yang Maha Mulia berangkat ke Mes Pegawai TLDB bagi sesi eksekutif bersama pemimpin-pemimpin dari Kementerian Pertahanan, Angkatan Bersenjata dan Tentera Laut kedua-dua pihak dan diteruskan dengan Majlis Santap Tengah Hari. Penyerahan kapal peronda milik TLRS tersebut yang sebelum ini dikenali sebagai RSS BRAVE adalah tanda penghargaan dan persahabatan hasil dari kerjasama erat di antara Angkatan Bersenjata dan Tentera Laut kedua-dua pihak. Perkataan AS-SIDDIQ yang dipilih dari bahasa Arab yang membawa maksud "benar", mempunyai makna yang mendalam yang melambangkan hubungan dua hala yang kukuh di antara TLDB dan TLRS. Selama bertahun-tahun, Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura telah bekerjasama dengan rapat, yang dibina atas asas kepercayaan, saling hormat-menghormati dan persefahaman. Ciri-ciri ini akan terus memainkan peranan penting dalam memperkuatkan kerjasama di antara kedua-dua negara dalam tahuntahun mendatang. 

Upacara Pentauliahan KDB AS-SIDDIQ merupakan peristiwa penting dan bermakna dari segi diplomasi pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura. Juga menjadi sejarah penting di dalam perkembangan TLDB dan juga ABDB.​


Attachments