Skip Ribbon Commands
Skip to main content
DEPUTY MINISTER OF DEFENCE RECEIVED INTRODUCTORY CALL FROM THE DEFENCE ADVISER OF MALAYSIA



BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 23 November 2022 – Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence, received an introductory call from Colonel Haji Nor Azizi bin Abdullah, Defence Adviser of Malaysia to Brunei Darussalam, this morning. 


During the call, the Deputy Minister of Defence congratulated Colonel Haji Nor Azizi bin Abdullah on his appointment as the Defence Adviser of Malaysia to Brunei Darussalam. He also conveyed his appreciation on the conferment of the Honorary Award of the Malaysian Armed Forces Order for Valour – Gallant Commander of Malaysian Armed Forces, First Degree (PGAT) to Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) at Istana Negara, Kuala Lumpur, Malaysia on 18 October 2022.


Both sides expressed pleasure over the conduct of the 20th Joint Defence Working Committee (JDWC) and the 30th anniversary of the Memorandum of Understanding as well as acknowledged and affirmed commitments to remain active in the defence and military activities conducted at various levels, which included training and exercises, exchange of visits and courses.


Defence relations between Brunei Darussalam and Malaysia were established in 1961, when a total of 60 Bruneians underwent training for the first recruitment of Brunei Malay Regiment at Segenting Camp, Port Dickson, Negeri Sembilan. The defence ties between the two countries were inked with the signing of the first Memorandum of Understanding in 1992 where both countries held the first ever JDWC in 1993. 






TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN MENERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA PENASIHAT PERTAHANAN MALAYSIA


BOLKIAH GARISON, Rabu, 23 November 2022 – Yang Mulia Brigadier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan, telah menerima kunjungan pengenalan daripada Kolonel Haji Nor Azizi bin Abdullah, Penasihat Pertahanan Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, pada pagi ini. 


Semasa kunjungan tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan mengucapkan tahniah kepada Kolonel Haji Nor Azizi bin Abdullah di atas perlantikan beliau sebagai Penasihat Pertahanan Malaysia ke Negara Brunei Darussalam. Beliau juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas penganugerahan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia, Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei di Istana Negara, Kuala Lumpur, pada 18 Oktober 2022. 


Kedua-dua pihak menyampaikan rasa sukacita di atas perlaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bersama Pertahanan (JKBP) ke-20 dan ulang tahun ke-30 bagi penandatanganan Memorandum Persefahaman serta mengakui dan mengesahkan komitmen untuk terus aktif dalam memajukan aktiviti pertahanan dan ketenteraan yang dijalankan di pelbagai peringkat, yang merangkumi latihan dan eksesais, pertukaran lawatan dan kursus. 


Hubungan Pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia sudah sekian lama terjalin, iaitu semenjak tahun 1961, apabila seramai 60 anak tempatan menjalani latihan bagi pengambilan pertama Askar Melayu Brunei di Kem Segenting, Port Dickson, Negeri Sembilan. Hubungan pertahanan di antara kedua-dua buah negara dipertingkatkan lagi dengan penandatanganan Memorandum Persefahaman yang pertama pada tahun 1992 dengan kedua buah negara mengadakan JKBP yang pertama pada tahun 1993.  ​


Attachments