SINGAPORE, Saturday, 09 October 2022 – Exercise Pelican 40/22 marks the 40th series of the bilateral exercise between the Royal Brunei Navy (RBN) and the Republic of Singapore Navy (RSN) held in Singapore from 3 to 9 October 2022.
Exercise Pelican reflects a robust and close bond between both navies of more than 42 years to enhance cooperation, mutual understanding, and interoperability between RBN and RSN. This year, the concept of Exercise Pelican focused on Naval Aviation, involving several interaction programmes such as courtesy calls, ship and facilities visits, commemorative dinner as well as the Pelican Cup Sports Competition.
Representing RBN were KDB DARUSSALAM, KDB SYAFAAT and a section from the RBN’s Naval Surface Action Group comprising 93 personnel led by Commander Pengiran Mohd Faren bin Pengiran Mohd Noor, RBN, Commanding Officer KDB DARUSSALAM. In addition, RSN, as the host for Exercise Pelican 40/22, was represented by RSS FORMIDABLE and RSS VIGILANCE, the F-50 Maritime Patrol Aircraft and two Jet Fighters from the Republic of Singapore Air Force (RSAF).
The opening ceremony of Exercise Pelican 40/22 was held on 3 October 2022 at the Fleet Auditorium, Changi Naval Base, officiated by Rear Admiral Sean Wat Jianwen, RSN Fleet Commander. In his opening remarks, he highlighted that this exercise would reinforce the strong bilateral ties and enhance a deep sense of mutual trust and cooperation between the two navies. This was followed by the unveiling of the 40th Edition Exercise Pelican Logo.
The Sea Phase concentrated on conducting various exercise serials to develop coordination, including manoeuvering exercises, communications drills, and conventional warfare exercises. Among the highlights of the exercise was the Encounter Exercise involving the F-50 Maritime Patrol Aircraft, Gunnery Exercise, and Air Defence Exercise involving RSAF Jet Fighters. The Sea Phase was concluded with a sail past and both navies piping the side before returning to Changi Naval Base for the closing ceremony.
KDB DARUSSALAM and KDB SYAFAAT departed Changi Naval Base and are expected to arrive at the Royal Brunei Naval Base Muara on 10 October 2022. The RBN reaffirms its commitment to enhancing cooperation with regional partners to maintain a peaceful and stable maritime domain.






TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI DAN TENTERA LAUT REPUBLIK SINGAPURA MELAKSANAKAN EKSESAIS PELICAN SIRI KE-40
SINGAPURA, Sabtu, 09 Oktober 2022 – Eksesais Pelican 40/22 merupakan eksesais dua hala siri ke-40 diantara Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Tentera Laut Republik Singapura (TLRS) yang dijalankan di Republik Singapura dari 3 hingga 9 Oktober 2022.
Eksesais Pelican mencerminkan hubungan dua hala yang erat dan dekat lebih dari 42 tahun yang bertujuan untuk meningkatkan kerjasama, kefahaman dan interoperability diantara TLDB dan TLRS. Konsep EKSESAIS PELICAN 40/22 pada tahun ini difokuskan pada latihan yang meliputi penerbangan tentera laut (Naval Aviation) yang melibatkan beberapa program interaksi seperti kunjungan hormat, lawatan kapal dan prasarana, majlis makan malam, dan pertandingan sukan Piala Pelican.
Mewakili TLDB bagi eksesais ini adalah 93 orang anggota dari KDB DARUSSALAM, KDB SYAFAAT dan satu seksyen daripada Grup Tindak Permukaan Laut (GTPL) TLDB yang diketuai oleh Komander Pengiran Mohd Faren bin Pengiran Mohd Noor, TLDB, Pegawai Pemerintah KDB DARUSSALAM. TLRS sebagai hos EKSESAIS PELICAN 40/22 diwakili RSS FORMIDABLE dan RSS VIGILANCE, dan juga sebuah Kapal Terbang Peronda Maritim F-50 dan dua buah jet pejuang dari Tentera Udara Republik Singapura (TURS).
Majlis Pembukaan Eksesais Pelican 40/22 telah dijalankan pada 3 Oktober 2022 di Fleet Auditorium, Changi Naval Base, yang dirasmikan oleh Rear Admiral Sean Wat Jianwen, Pemerintah Armada TLRS. Semasa memberikan ucapan, beliau menekankan bahawa eksesais ini akan meningkatkan lagi hubungan dua hala dan mengukuhkan kepercayaan dan kerjasama di antara kedua tentera laut. Majlis Pembukaan tersebut diikuti dengan perasmian logo Eksesais Pelican yang ke-40.
Fasa Laut tertumpu pada perlaksanaan beberapa latihan bagi meningkatkan koordinasi, termasuk latihan manoeuvring, komunikasi, dan peperangan konvensional. Antara aktiviti kemuncak Fasa Laut ini adalah latihan Encounter Exercise yang meliputi Kapal Terbang Peronda Maritim F-50, latihan penembakan kapal, dan Air Defence Exercise yang meliputi Jet Pejuang TURS. Fasa Laut diakhiri dengan sail past dan piping the side sebelum merapat di Changi Naval Base untuk majlis penutup.
KDB DARUSSALAM dan KDB SYAFAAT telahpun berlepas dari Changi Naval Base dan dijangka sampai balik ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei Muara pada 10 Oktober 2022. TLDB kekal komited untuk meningkatkan lagi kerjasama dengan tentera laut serantau kearah matlamat wilayah maritim serantau yang aman dan stabil.
|
|
|