Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
RBAF SENIOR OFFICER PROMOTED TO BRIGADIER GENERAL


BOLKIAH GARRISON, Friday, 17 June 2022 – With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, a Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Senior Officer was promoted to the rank of Brigadier General effective today. 


The insignia presentation was presented by Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBAF, for the promotion of Colonel Saifulrizal bin Abdul Latif, Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF), in a ceremony that took place at the Officers’ Mess at Bolkiah Garrison.


Present at the ceremony were Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence; Acting Permanent Secretary, Senior Officers of the Ministry of Defence and RBAF, invited guests and family members.


The ceremony concluded with a Doa Selamat recited by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN, Acting Director of RBAF Religious Directorate (JAMA’AT).





PEGAWAI KANAN ABDB DINAIKKAN KE PANGKAT BRIGEDIER JENERAL


BOLKIAH GARISON, Jumaat, 17 Jun 2022 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi seorang Pegawai Kanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) untuk dinaikkan ke pangkat Brigedier Jeneral berkuatkuasa mulai hari ini.


Majlis kenaikan pangkat telah disempurnakan oleh Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, bagi kenaikan pangkat Kolonel Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, bertempat di Mes Pegawai Bolkiah Garison.


Turut hadir di majlis tersebut ialah Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan; Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB, jemputan-jemputan khas serta ahli keluarga.


Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT).


Attachments