BOLKIAH GARRISON, Monday, 13 December 2021 - Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), hosted a luncheon as part of a farewell call for Colonel Zaenal Arifin, the outgoing Indonesian Defence Attaché to Brunei Darussalam.
Also present was Colonel Doddy Suhadiman, the incoming Indonesian Defence Attaché to Brunei Darussalam, Chief of Staff RBAF and Director of Intelligence.
During the call, the Commander of the RBAF expressed his appreciation to Colonel Zaenal Arifin for his efforts and contributions towards the active defence bilateral interactions held virtually despite the ongoing COVID-19 situation. Both sides also emphasised the importance of information sharing on regional issues and hoped that the longstanding friendship between both countries continues to prosper, particularly in defence and military-to-military activities.
The Commander of the RBAF then congratulated Colonel Doddy Suhadiman for his appointment as the new Defence Attaché of the Republic of Indonesia to Brunei Darussalam. Colonel Zaenal Arifin was appointed as the Defence Attaché of the Republic of Indonesia to Brunei Darussalam since 2018
.
PEMERINTAH ABDB ADAKAN MAJLIS MAKAN TENGAHARI BAGI ATASE PERTAHANAN REPUBLIK INDONESIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Isnin, 13 Disember 2021 – Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan satu majlis makan tengahari sebagai tanda perpisahan bagi Kolonel Zaenal Arifin, Atase Pertahanan Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam.
Turut hadir ialah Kolonel Doddy Suhadiman, Atase Pertahanan Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam yang baru, Ketua Staf ABDB dan Pengarah Perisikan.
Semasa perpisahan tersebut, Pemerintah ABDB menzahirkan penghargaannya atas usaha dan sumbangan Kolonel Zaenal Arifin ke arah interaksi pertahanan dua hala yang aktif secara dalam talian walaupun keadaan COVID-19 masih berterusan. Kedua belah pihak seterusnya menekankan kepentingan perkongsian maklumat mengenai isu-isu penting di rantau ini dan berharap agar hubungan yang telah lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia terus berkembang khususnya dalam bidang ketenteraan dan pertahanan.
Pemerintah ABDB kemudiannya mengucapkan tahniah di atas perlantikan Kolonel Doddy Suhadiman sebagai Atase Pertahanan yang baru. Kolonel Zaenal Arifin mula dilantik sebagai Atase Pertahanan Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam sejak tahun 2018.