Skip Ribbon Commands
Skip to main content
DOA KESYUKURAN CEREMONY TO COMMEMORATE HER MAJESTY'S 75TH BIRTHDAY

BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 06 October 2021 - In conjunction with Her Majesty Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam’s 75th birthday, the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Wives Welfare Body (BAKTI) held a Doa Kesyukuran ceremony today.


The ceremony, held virtually, commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah led by an officer from the  Royal Brunei Armed Forces Religious Department (JAMA’AT).  This reading was followed by the recitation of Surah Yasin and concluded with a Doa Kesyukuran.

Present at the ceremony was Datin Dr Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz, spouse of the Commander of RBAF, as President of BAKTI. 

This ceremony is one of the annual activities organised by members of BAKTI, conducted virtually this year due to the current COVID-19 situation in the country.






MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI PUJA USIA DULI RAJA ISTERI KE-75 TAHUN

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 6 Oktober 2021 – Bersempena dengan Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam yang ke-75, ahli-ahli Badan Kebajikan Isteri-isteri Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (BAKTI) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran pada hari ini.

Majlis yang diadakan secara dalam talian ini dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh pegawai dari Jabatan Agama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT) dan seterusnya bacaan Surah Yasin diikuti dengan Doa Kesyukuran. 

Hadir pada majlis tersebut ialah Datin Dr Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz, isteri kepada Pemerintah ABDB, selaku Yang Di-Pertua BAKTI. 

Majlis ini adalah salah satu aktiviti tahunan yang dikendalikan oleh ahli-ahli BAKTI, namun dengan situasi terkini COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, majlis pada tahun ini telah diungkayahkan secara dalam talian. 


Attachments