Skip Ribbon Commands
Skip to main content
PARADE CEREMONY IN CONJUNCTION WITH THE 55TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF THE RBAirF

RIMBA AIR BASE, Thursday, 24 June 2021 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) marks its 55th Anniversary with a parade ceremony today at the Air Movement Centre, Rimba Air Base.

Present as the guest of honour was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of the RBAirF. Also, in attendance were RBAirF Executive Committee members, senior officers, officers, airmen and civilian staff.

The parade was led by Major (U) Pg Abdul Aziz bin Pg Dato Paduka Haji Abd Wahab with Captain (U) Abdul Hakim bin Haji Yahya leading the Operations Group Contingent and Lieutenant (U) Md Hafiy Mahdi bin Marzuki leading the Support Group Contingent. The parade began with a general salute and was followed by an inspection of the guard of honour by the RBAirF Commander. The event continued with a special speech by the guest of honor commemorating this year's anniversary.

To bless the event, a Doa Selamat was recited by Ustaz Said bin Haji Yusop, RBAirF Religious Teacher and concluded with a group photo and cake cutting ceremony.






UPACARA PERBARISAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI KE-55

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Khamis, 24 Jun 2021 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan upacara perbarisan bagi Sambutan kemuncak Hari Ulang Tahun TUDB Ke-55 bertempat di Pusat Pergerakan Udara, Pangkalan Tentera Udara Rimba hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB. Turut hadir adalah ahli-ahli Badan Eksekutif TUDB, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta anggota tentera dan awam TUDB.

Perbarisan tersebut telah diketuai oleh Mejar (U) Pg Abdul Aziz bin Pg Dato Paduka Haji Abd Wahab diikuti dengan Kapten (U) Abdul Hakim Bin Haji Yahya selaku Ketua Kontinjen Kumpulan Gerakan dan Leftenan (U) Md Hafiy Mahdi bin Marzuki selaku Ketua Kontinjen Kumpulan Bantu. Perbarisan dimulakan dengan penerimaan Tabik Hormat Panglima dan pemeriksaan Kawalan Kehormatan oleh Pemerintah TUDB. Majlis diteruskan dengan penyampaian ucapan khas sempena Hari Ulang Tahun TUDB oleh Tetamu Kehormat.

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Ustaz Said bin Haji Yusop, Guru Ugama TUDB. Acara pada pagi ini diakhiri dengan sesi gambar ramai dan acara memotong kek.

Attachments