Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
RBAF COMMANDER CONVENED A VIDEO CONFERENCE WITH ACTING CHIEF OF GENERAL STAFF DEPARTMENT, LAO PEOPLE’S ARMY

BOLKIAH GARRISON, Friday, 02 April 2021 – Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), convened a video conference with Major General Chanthong Sontaath, Acting Chief of General Staff Department, Lao People’s Army.

Also present were the RBAF Chief of Staff, Director of Intelligence and Head of Secretariat of the ACDFM-18.

During the call, RBAF Commander expressed his appreciation to Major General Chanthong Sontaath for the support accorded by the Lao People’s Army for this year’s ACDFM hosted by the RBAF. The RBAF Commander also discussed on the outcome of the ACDFM-18, and the ASEAN Military Exercise presented during ACDFM-18.

Both countries also acknowledged the military-to-military relationship between armed forces. They discussed avenues for further cooperation while building towards a resilient and future-ready ASEAN while building towards a resilient and future-ready ASEAN.

This video conference represents a series of video conferences with all ASEAN member states that attended the recent ACDFM-18 video conference held on 18 March 2021.



PEMERINTAH ABDB MENGADAKAN PERJUMPAAN ATAS TALIAN BERSAMA ACTING CHIEF OF GENERAL STAFF DEPARTMENT, TENTERA RAKYAT LAOS

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 02 April 2021 – Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan perjumpaan atas talian bersama Mejar Jeneral Chanthong Sontaath, Acting Chief of General Staff Department, Tentera Rakyat Laos.

Turut hadir adalah Ketua Staf ABDB, Pengarah Perisikan dan Ketua Sekretariat Mesyuarat ACDFM-18.

Semasa perjumpaan tersebut, Pemerintah ABDB menzahirkan penghargaannya kepada Mejar Jeneral Chanthong Sontaath di atas sokongan yang telah diberikan bagi acara ACDFM yang dipengerusikan oleh ABDB baru-baru ini. Pemerintah ABDB juga membincangkan hasil daripada Mesyuarat ACDFM-18 dan ASEAN Military Exercise yang telah dibentangkan semasa mesyuarat tersebut.

Kedua belah pihak kemudiannya mengakui hubungan ketenteraan di antara kedua buah angkatan tentera serta membincangkan peluang untuk meningkatkan kerjasama di antara kedua belah pihak, di samping mengembangluaskannya ke arah ASEAN yang berdaya tahan dan bersedia untuk masa depan.

Persidangan video ini merupakan perjumpaan atas talian yang diadakan dengan negara-negara ASEAN yang turut sama menghadiri Mesyuarat ACDFM-18 yang diadakan secara atas talian pada 18 Mac 2021 yang lalu.


Attachments