Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE AND RBAF JOIN BRUNEI DARUSSALAM’S 37th NATIONAL DAY CELEBRATION

BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday, 23 February 2021 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam has consented to join the citizens and residents of this country in celebrating the 37th National Day with other members of the Royal Family at Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.

The celebration began with the national anthem, followed by the Guard of Honour's inspection by His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam. The Guard of Honour contingent led by the Parade Commander, Lieutenant Colonel Alimin bin Haji Subohi comprises 409 personnel from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Royal Brunei Police Force (RBPF), and a combined band from both forces. 

The following parade was divided into eight contingents: the Parade Leader, State Security, Smart Society, Public and Private sectors, Public Movement, Education Sector, Cycling and Front-line workers. 

A contingent of civilian personnel, including performers, from the Ministry of Defence, joined the public sector contingent parade including Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Deputy Permanent Secretaries, Directors, Senior Officers, and staff.

Meanwhile, 238 RBAF personnel led by Kolonel Haji Abdul Kadir bin Haji Mahmud joined the march past with personnel carrying a giant-sized national flag and the RBAF Band playing patriotic songs throughout the event.

With the theme Menjayakan Wawasan Negara, the country celebrated this year’s celebration on a smaller scale compared to previous years in compliance with the Ministry of Health guidelines. 










KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB SERTAI SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-37

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 23 Februari 2021 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat menyertai rakyat dan penduduk di negara ini dalam Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-37 bersama Ahli-ahli Kerabat Diraja yang lain di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.

Acara dimulakan dengan lagu kebangsaan dan diikuti dengan pemeriksaan perbarisan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Kontinjen Kawalan Perbarisan yang di bawah Ketua Perbarisan, Lieutenant Colonel Alimin bin Haji Subohi melibatkan seramai 409 orang yang terdiri daripada anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan gabungan pancaragam ABDB dan PPDB. 

Perarakan perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini telah dibahagikan kepada lapan kumpulan iaitu Ketua Perbarisan, Keamanan Negara, Masyarakat Pintar, Sektor Awam dan Swasta, Pergerakan Awam, Sektor Pendidikan, Berbasikal dan Barisan Hadapan. 

Kontingen termasuk peserta persembahan telah menyertai acara perbarisan lalu dari Kementerian Pertahanan yang diikuti Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-pengarah dan Pegawai-pegawai kanan dan kakitangan.

Sementara itu, seramai 238 orang anggota ABDB menyertai acara perbarisan yang diketuai oleh Kolonel Haji Abdul Kadir bin Haji Mahmud yang melibatkan anggota ABDB membawa bendera Negara Brunei Darussalam yang bersaiz besar serta pasukan Pancaragam ABDB memainkan lagu-lagu patriotik negara disepanjang acara tersebut.

Dengan tema ‘Menjayakan Wawasan Negara’, sambutan tahun ini dilaksanakan dalam skala yang lebih kecil dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya mengikut garispandu yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. 

Front photo credit to Infofoto


Attachments