
BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 5 January 2021 – The Joint Forces Headquarters, Royal Brunei Armed Forces (RBAF) hosted a video conference to provide a situational update for Commander of RBAF and convey New Year greetings at the Joint Forces Headquarters Conference Room, Tower Block, Ministry of Defence.
Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of RBAF, had the opportunity to interact with the 17th International Monitoring Team (IMT) – Mindanao, Brunei Darussalam International Expert Representative as the Board Members of Independent Decommissioning Body (IDB), the Independent Decommissioning Body Verification, Monitoring and Assistance Team (IDB VMAT) in Mindanao, Republic of the Philippines and Brunei Contingent under Malaysian Battalion (MALBATT) 850-8 for United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL).
During the video conference, the Commander of RBAF expressed his acknowledgement to all contingents on their sacrifices throughout their tour of duty abroad and added that their continuous commitment is a manifestation of commendable work ethic, loyalty, and professionalism.
He also reminded everyone to maintain a high level of discipline, enhance their spirituality level, and to adhere to all rules and regulations in upholding the mandate entrusted to them. He further reiterated their responsibility to preserve the name and image of the RBAF and Brunei Darussalam.
Before concluding the video conference, the Commander of RBAF once again expressed his appreciation and reminded everyone to always be vigilant and cautious while on duty.
PEMERINTAH ABDB ADAKAN SIDANG VIDEO BERSAMA KONTINJEN ABDB KE PPA M-17, IDM VMAT 2/2020 DAN MALBATT 850-8 UNIFIL
BOLKIAH GARISON, Selasa, 5 Januari 2021 – Markas Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menjadi tuan rumah sidang video untuk mengemas kini situasi bagi Pemerintah ABDB dan untuk menyampaikan ucapan tahun baru di Bilik Persidangan Markas Angkatan Bersama, Blok Menara, Kementerian Pertahanan.
Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB, berkesempatan untuk berinteraksi dengan Pasukan Pemantau Antarabangsa – Mindanao ke-17 (PPA M-17), Wakil Pakar Antarabangsa Brunei Darussalam sebagai Anggota Lembaga Independent Decommissioning Body (IDB), Pasukan Pengesahan, Pemantauan dan Bantuan Independent Decommissioning Body (IDB VMAT) di Mindanao, Republik Filipina dan Kontinjen Brunei Darussalam di bawah Batalion Malaysia (MALBATT) 850-8 untuk United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL).
Semasa sidang video, Pemerintah ABDB menyatakan penghargaan kepada semua kontinjen atas pengorbanan mereka sepanjang bertugas di luar negara dan menambah bahawa komitmen berterusan mereka merupakan manifestasi etika kerja, kesetiaan dan profesionalisme.
Beliau juga mengingatkan semua untuk sentiasa mengekalkan tahap disiplin yang tinggi, meningkatkan tahap kerohanian, dan mematuhi semua peraturan dan undang-undang sebagai amanah yang telah diberikan kepada semua kontinjen. Beliau juga memperingatkan tanggungjawab mereka untuk memelihara nama baik dan imej ABDB dan Negara Brunei Darussalam.
Sebelum mengakhiri sidang video, Pemerintah ABDB sekali lagi mengucapkan penghargaannya dan menasihatkan semua untuk sentiasa berwaspada dan berhati-hati semasa menjalankan tugas mereka.