BOLKIAH GARRISON, Sunday, 31 May 2020 – The 59th anniversary of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) has been celebrated with a special thanksgiving ceremony held at the Tower block of the Ministry of Defence instead of the traditional grand parade and mass gathering in light of COVID-19 situation in the country.
The ceremony was attended by the Second Minister of Defence, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Commander of the Royal Brunei Armed Forces, Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Permanent Secretary of Ministry of Defence, Services Commanders, Joint Force Commander, Deputy Permanent Secretaries, Directors, Commandants, Senior Officers of the Ministry of Defence and RBAF and Services Sergeant Majors.
The ceremony began with the recital of Surah Yassin and Tahlil for the late parents of His Majesty the Sultan Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam – Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien and Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman.
The event was then followed with a Doa Kesyukuran to commemorate the 59th RBAF anniversary led by the Head of Royal Brunei Armed Forces Religious Department, Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN. Similar Thanksgiving ceremonies were also held simultaneously in all garrisons and RBAF camps.
The theme for the RBAF 59th anniversary is ‘Bersama Menjayakan Wawasan Negara’.



MEMPERINGATI HARI ULANG TAHUN ABDB KE 59 TAHUN DENGAN MAJLIS DOA KESYUKURAN KHAS
BOLKIAH GARISON, Ahad, 31 Mei 2020 – Sambutan Hari Ulang tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-59 pada tahun ini telah diraikan dengan Majlis Kesyukuran Khas yang diadakan di Blok Menara Kementerian Pertahanan berbanding dengan sambutan perbarisan raksasa dan perhimpunan besar-besaran disebabkan situasi COVID-19 di negara ini.
Hadir di majlis tersebut adalah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Pemerintah Angkatan Bersama, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-pengarah, Komandan-komandan dan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB serta Sarjan Mejar Tentera.
Majlis Doa Kesyukuran dimulakan dengan bacaan Surah Ya'asin dan Majlis Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abd Rahman.
Majlis diteruskan dengan bacaan Doa Kesyukuran Khas bagi Hari Ulang Tahun ABDB ke 59 tahun yang dipimpin oleh Ketua JAMA’AT, Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB. Majlis serupa juga telah diadakan secara serentak di semua garison dan perkhemahan ABDB.
Tema Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB pada tahun ini ialah 'Bersama Menjayakan Wawasan Negara'.