Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE AND RBAF MAKE DONATIONS TO THE COVID-19 RELIEF FUND

BERAKAS, Monday 13, April 2020 – The Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) handed a total donation of BND43,200 to the COVID-19 Relief Fund today. 

The donation was presented to the Minister of Health, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, on behalf of the Ministry of Health in a ceremony held at the Ministry of Health.

The donation collected by the RBAF was presented by the RBAF Commander, Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud amounting to BND40,000 while the donations collected from the officers and staff of the Ministry of Defence was presented by the Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma'awiah amounting to BND3,200.

The donations are part of the Ministry of Defence and RBAF commitment and social responsibility to actively assist the Ministry of Health in managing the COVID-19 outbreak in the country and for the care of its frontliners. 


KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB SUMBANG DANA BANTUAN COVID-19

BERAKAS, Isnin 13, April 2020 - Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menyerahkan sumbangan bantuan sebanyak BND43,200.00 kepada COVID-19 Relief Fund.  

Penyerahan sumbangan ini telah diterima oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar, bagi pihak Kementerian Kesihatan yang berlangsung di Kementerian Kesihatan. 

Sumbangan daripada warga ABDB telah disampaikan oleh Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud berjumlah BND40,000 manakala sumbangan daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan telah disampaikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan Brigadier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma'awiah berjumlah BND3,200.

Sumbangan ini adalah sebagai sebahagian daripada komitmen dan tanggungjawab sosial Kementerian Pertahanan dan ABDB untuk membantu Kementerian Kesihatan dalam menangani penularan jangkitan wabak COVID-19 yang melanda negara ini dan bagi penjagaan petugas barisan hadapan (frontliners).


Attachments