Skip Ribbon Commands
Skip to main content
​CELEBRATING THE 37th ANNIVERSARY OF RBAF WOMEN MILITARY PERSONNEL

PENANJONG GARRISON, Thursday, 26 July 2018 – A total of 200 women military personnel celebrated their 37th anniversary with a Thanksgiving Ceremony at the Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison.

The Guest of Honour was Lieutenant Colonel Norsuriati binti Haji Sharbini, Staff Officer 1, Military Legal Unit, Directorate of Personnel, Ministry of Defence. Female personnel from various military ranks in all units within the RBAF were also present during the ceremony.

The ceremony commenced with a Special Lecture titled “Role of Female Muslims in Islam” delivered by Ustazah Hjh Zunainah binti Haji Gunong, Senior Religious Officer, Head of the Da'wah Dissemination Division, Pusat Da'wah Islamiah, Ministry of Religious Affairs, followed with the recitation of Surah Yassin and Tahlil.

The Doa Kesyukuran was led by Captain Fahzilleana Emey binti Haji Ahmad Alisa Eswan, Religious Training Officer, Religious Department (JAMA’AT) Royal Brunei Armed Forces.

Officially established on 29 June 1981, there are currently about 700 uniformed women in the force, employed in all arms and services within the Ministry of Defence and RBAF.

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN ASKAR WANITA ABDB KE-37 TAHUN

PENANJONG GARISON, Khamis, 26 Julai 2018 – Seramai 200 Askar Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menyambut Hari Ulang Tahun Askar Wanita yang ke-37 dengan satu Majlis Doa Kesyukuran di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Leftenan Kolonel Norsuriati binti Haji Sharbini, Pegawai Turus 1, Unit Perundangan Tentera, Jabatanarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan. Turut hadir ialah anggota-anggota wanita dalam pelbagai peringkat ketenteraan dari semua unit ABDB.

Majlis diserikan dengan Ceramah Khas yang bertajuk “Peranan Muslimah dalam Islam” yang disampaikan oleh Ustazah Hjh Zunainah binti Haji Gunong, Pegawai Ugama Kanan, Ketua Bahagian Penyebaran Da’wah, Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, diikuti oleh bacaan Surah Yassin dan Tahlil. Bacaan Doa Kesyukuran adalah dipimpin oleh Kapten Fahzilleana Emey binti Haji Ahmad Alisa Eswan, Pegawai Latihan Agama, Jabatan Agama (JAMA’AT) ABDB.

Pasukan Askar Wanita dengan rasminya ditubuhkan pada 29 Jun 1981. Pada masa kini, terdapat kira-kira 700 wanita berseragam yang sedang berkhidmat dalam semua unit dan jabatan di Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Attachments