Skip Ribbon Commands
Skip to main content
COMMANDER OF RBAF CHANGE OF COMMAND CEREMONY

BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 31 January 2018 – With the consent of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud has been appointed as the new Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF).

A handover and takeover ceremony took place today at Bolkiah Garrison between Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah and the new Commander of RBAF, Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

Upon arrival at the parade square, the outgoing Commander of RBAF, Yang Dimuliakan Pehin received the Honourary Salute and later inspected the Guard of Honour comprising of personnel from various RBAF units that included Royal Brunei Land Force, Royal Brunei Navy, Royal Brunei Air Force, Training Institute RBAF and Women Military Personnel. The parade was commanded by Commander Sonny Iskandar bin Rasani, RBN.

As the 9th Commander of RBAF, Yang Dimuliakan Pehin delivered his final speech where he expressed his appreciation to all members of the RBAF, whether in-service or retired, for all their support and cooperation throughout his service.

Yang Dimuliakan Pehin remarked that, to this day, ”the Royal Brunei Armed Forces have always shown the ability to carry out its responsibility and mandates in preserving and defending the sovereignty of the Monarch, religion, race and nation.”

He reminded that "all the achievements so far illustrate that the RBAF is able to continuously move forward and progress”, and emphasised that “such efforts must be sustained by constantly adapting to current developments.”

Yang Dimuliakan Pehin also highlighted the need to enhance close collaboration between local and foreign agencies, as "the role of RBAF is not limited to warfighting or warfare”, but also, “plays a part in supporting development especially in addressing wider security issues with challenges generated and catalysed by the era of globalisation."

Marking the new duty placement, the new Commander of RBAF, Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan received the Honourary Salute and later proceeded to inspect the Guard of Honour. This was followed by his inaugural speech as the 10th Commander of RBAF.

A signing ceremony of the Handing Over Certificate was also held to mark the official handover of duty of the Commander of RBAF. A thanksgiving prayer was recited to bless the ceremony.

In his final parade as the outgoing Commander of RBAF, Yang Dimuliakan Pehin was escorted onto the march-past vehicle. The procession ceremony saw officers and personnel in convoy, represented by all the military services in attendance.

Preceding the handover ceremony held today, Yang Dimuliakan Pehin conducted a series of farewell visits to RBAF Units which included the Royal Brunei Land Force, the Royal Brunei Navy, the Royal Brunei Air Force, Training Institute RBAF, Special Force Regiment RBAF and Defence Academy RBAF. The series of farewell visit started since 15 January 2018 and concluded with a visit to the Ministry of Defence on 25 January 2018.





UPACARA MENYERAHKAN TUGAS PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

BOLKIAH GARISON, Rabu, 31 Januari 2018 –  Dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud telah dilantik sebagai Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang baru bermula pada hari ini.

Upacara Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pemerintah ABDB telah berlangsung pada hari ini di Bolkiah Garison di antara Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah dan Pemerintah ABDB yang baru, Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

Sejurus tiba, Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin menerima Tabik Hormat dan seterusnya memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota-anggota Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, Institut Latihan ABDB dan Askar Wanita ABDB. Perbarisan diketuai oleh Komander Sonny Iskandar bin Rasani, TLDB.

Sebagai Pemerintah ABDB ke-9, Yang Dimuliakan Pehin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga ABDB yang masih berkhidmat mahupun yang telah bersara atas segala sokongan dan kerjasama di sepanjang perkhidmatan beliau.

Yang Dimuliakan Pehin juga berucap bahawa “Sehingga kini Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah sentiasa memperlihatkan keupayaan untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah dalam memelihara dan mempertahankan kedaulatan Raja, agama, bangsa dan negara.”

Beliau memberi peringatan bahawa “Segala pencapaian yang kita kecapi ini menunjukkan bahawa Angkatan Bersenjata Diraja Brunei mampu untuk terus bergerak dan maju kehadapan. Oleh itu, usaha seperti ini hendaklah diteruskan dengan sentiasa mengadaptasi terhadap perkembangan semasa.”

Yang Dimuliakan Pehin juga menekankan bahawa ABDB perlu untuk meningkatkan kerjasama yang rapat di antara agensi-agensi tempatan mahupun luar negara oleh sebab, “peranan Angkatan Tentera pada masa kini adalah semakin luas dan bukan terbatas hanya kepada peperangan”, dan juga berperanan dalam mendokong pembangunan terutama dalam menangani isu-isu sekuriti yang semakin meluas dengan cabaran-cabaran yang dijana dan dipangkin oleh era globalisasi.”

Bagi menandakan penerimaan jawatan, Pemerintah ABDB yang baru, Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan kemudian menerima Tabik Hormat dan memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan. Seterusnya, Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan menyampaikan ucapan perdana beliau sebagai Pemerintah ABDB yang ke-10.

Upacara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas Jawatan Pemerintah ABDB juga telah berlangsung, menandakan secara rasmi upacara serah terima tugas. Doa selamat dibacakan bagi memberkati upacara tersebut.

Sebelum beredar dari majlis, mantan Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin diarak keluar di atas satu kenderaan. Upacara ini diiringi oleh pegawai-pegawai dan anggota-anggota ABDB, yang dikumpulkan dari kesemua unit-unit tentera yang hadir.

Sebelum upacara penyerahan jawatan yang diadakan hari ini, Yang Dimuliakan Pehin telah berkesempatan mengadakan beberapa siri lawatan persaraan ke unit-unit ABDB yang termasuk Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, Institut Latihan ABDB, Regimen Pasukan Khas ABDB dan Akademi Pertahanan ABDB. Siri lawatan persaraan berkenaan bermula sejak 15 Januari 2018 dan berakhir dengan lawatan ke Kementerian Pertahanan pada 25 Januari 2018.

Attachments