BOLKIAH GARRISON, Thursday 28 May 2015 – His Majesty the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) has consented to award Ministry of Defence Scholarship for 2015 to four excelling students in the country.
Three students have been granted consent to be awarded with the Supreme Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Scholarship and one student with the RBAF Scholarship.
The recipients of the Supreme Commander of the RBAF Scholarship are: - Dayang Jasmine Chung Hui Zhen from Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan; Dayang Nurliessa binti Mohammad Daliz from Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan and Dayang Wee Yii Wen from Jerudong International School.
Meanwhile, the RBAF Scholarship have been awarded to Dayang Kiara Esmeralda binti Iscramuon from Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Kuala Belait.
The signing of agreement and Ministry of Defence Scholarship award ceremony was held at the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies, Ministry of Defence.
Signing on behalf of the Ministry of Defence was Datin Paduka Dayang Hajah Suriyah binti Haji Umar, the Permanent Secretary at the Ministry of Defence.
Signing on behalf of the Royal Brunei Armed Forces was Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Awang Mohd Tawih bin Abdullah, Commander of the Royal Brunei Armed Forces.
Also present to witness the Ministry of Defence Scholarship signing and award ceremony was the Deputy Minister of Defence, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat, members of Defence Executive Committee, Directors and Senior Officers of Ministry of Defence and RBAF.
EMPAT PENUNTUT CEMERLANG DIANUGERAHKAN BIASISWA KEMENTERIAN PERTAHANAN
BOLKIAH GARISON, Khamis 28 Mei 2015 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengurniakan titah perkenan bagi penganugerahan Biasiswa Kementerian Pertahanan bagi tahun 2015 kepada empat penuntut cemerlang di negara ini.
Seramai tiga penuntut telah diperkenankan untuk dianugerahkan Skim Biasiswa Pemerintah Tertinggi ABDB dan seorang penuntut telah diperkenankan untuk dianugerahkan Skim Biasiswa ABDB.
Penerima-penerima Anugerah Skim Biasiswa Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei terdiri dari Dayang Jasmine Chung Hui Zhen dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, Dayang Nurliessa binti Mohammad Daliz dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan Dayang Wee Yii Wen dari Jerudong International School.
Manakala penerima bagi Anugerah Skim Biasiswa Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ialah Dayang Kiara Esmeralda binti Iscramuon dari Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Kuala Belait.
Majlis Penandatanganan Perjanjian dan Penganugerahan Biasiswa Kementerian Pertahanan bagi tahun 2015 berlangsung di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kementerian Pertahanan.
Menandatangani bagi pihak Kementerian Pertahanan ialah Datin Paduka Dayang Hajah Suriyah binti Haji Umar, Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan.
Menandatangani bagi pihak ABDB ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Turut hadir menyaksikan penandatanganan perjanjian dan penganugerahan biasiswa tersebut ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat, ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Pengarah-pengarah dan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB.