BOLKIAH GARRISON, Friday, 6 November 2026 – The Flag Handover Ceremony for the Royal Brunei Armed Forces Sports Council (MS ABDB) contingent participating in the 5th Brunei Darussalam National Games (SKBD V) 2026 was held at the Gymnasium, Bolkiah Garrison.
The Guest of Honour, Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander, Royal Brunei Armed Forces (RBAF), presented the contingent flag to the Chef de Mission of MS ABDB, Commander Haji Mohammad Arnold bin Haji Osman, Royal Brunei Navy.
The flag handover symbolised the trust and responsibility entrusted to the contingent in representing the RBAF, while reinforcing the importance of discipline, teamwork and sportsmanship throughout the Games.
The MS ABDB contingent comprises 275 members, including 206 athletes, participating in all 10 sporting events contested at the Games, namely aquatics, badminton, football, futsal, karate, netball, athletics, pencak silat, sepak takraw and tug of war.
In the previous National Games, the MS ABDB contingent secured fourth place overall, winning 27 gold, 25 silver and 40 bronze medals. Building on this achievement, the contingent aims to deliver another strong performance while demonstrating determination, teamwork and sporting excellence.
SKBD V is scheduled to take place from 7 to 14 November 2026, with the official opening ceremony to be held on Sunday, 8 November 2026, at the Indoor Stadium, Hassanal Bolkiah National Sports Complex, Berakas.

UPACARA PENYERAHAN BENDERA KEPADA KONTINJEN MAJLIS SUKAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 6 November 2026 – Upacara Penyerahan Bendera kepada Kontinjen Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) yang menyertai Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam Ke-V (SKBD Ke-V) Tahun 2026 telah berlangsung di Dewan Gerak Badan, Bolkiah Garison.
Tetamu Kehormat Upacara, Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama, ABDB, telah menyempurnakan penyerahan bendera kepada Ketua Kontinjen MS ABDB, Komander Haji Mohammad Arnold bin Haji Osman, Tentera Laut Diraja Brunei.
Penyerahan bendera tersebut melambangkan kepercayaan dan amanah yang digalas oleh kontinjen dalam mewakili ABDB, di samping memperkukuh semangat disiplin, kerjasama berpasukan dan kesukanan sepanjang kejohanan.
Kontinjen MS ABDB terdiri daripada 275 anggota, termasuk 206 orang atlet, yang menyertai kesemua 10 acara sukan yang dipertandingkan, iaitu akuatik, badminton, bola jaring, bola sepak, futsal, karate, olahraga, pencak silat, sepak takraw dan tarik kalat.
Pada Sukan Kebangsaan yang lalu, kontinjen MS ABDB telah menduduki tempat keempat keseluruhan dengan meraih 27 pingat emas, 25 pingat perak dan 40 pingat gangsa. Berbekalkan pencapaian tersebut, kontinjen MS ABDB berhasrat untuk terus menampilkan prestasi terbaik serta memperlihatkan semangat juang, kerjasama berpasukan dan kecemerlangan dalam bidang sukan.
SKBD Ke-V dijadualkan berlangsung dari 7 hingga 14 November 2026, manakala Majlis Pembukaan Rasmi akan diadakan pada Ahad, 8 November 2026, bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.