BERAKAS, Saturday, 7 November 2026 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, graciously consented to officiate the opening of the Majlis Ilmu 2026 Exhibition at the International Convention Centre (ICC), Berakas.
Held from 7 to 14 November 2026, the exhibition carries the theme “Melayu Islam Beraja: Tonggak Kedaulatan Negara” (Malay Islamic Monarchy: Pillar of National Sovereignty) and brings together various government agencies and the private sector participants.
The exhibition aims to instil love and loyalty to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the nation. It also highlights efforts to uphold Islam, preserve social harmony and maintain traditions and cultural values in keeping with Islamic teachings. In addition, it seeks to strengthen national identity and promote greater understanding and appreciation of the Malay Islamic Monarchy (MIB) philosophy in everyday life.
As one of the participating agencies, the Ministry of Defence highlights its role in safeguarding national sovereignty and security, as well as its contributions to community well-being, resilience and social harmony.
The Ministry of Defence’s exhibition showcases the Whole-of-Nation approach through strategic collaboration in humanitarian assistance and disaster relief operations. It also features community outreach programmes that promote well-being and strengthen ties between the Ministry of Defence and the public.
Through its participation, the Ministry of Defence seeks to enhance public awareness and understanding of its broader role and contributions to the nation. Its exhibition underscores that national defence encompasses not only safeguarding sovereignty and security, but also strengthening community resilience, promoting unity and upholding the values of the MIB philosophy.







KEMENTERIAN PERTAHANAN SERTAI PAMERAN MAJLIS ILMU 2026
BERAKAS, Sabtu, 7 November 2026 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, telah berkenan berangkat dan merasmikan Pameran Majlis Ilmu 2026 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (PPA), Berakas.
Pameran yang diadakan berlangsung dari 7 hingga 14 November 2026 ini bertemakan “Melayu Islam Beraja: Tonggak Kedaulatan Negara” dan disertai oleh pelbagai agensi kerajaan serta sektor swasta.
Pameran ini bertujuan untuk menyemai rasa kasih dan taat setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta negara. Pameran ini turut mengetengahkan usaha untuk mempertahankan agama Islam, memelihara keharmonian sosial dan mengekalkan tradisi serta nilai budaya yang selaras dengan ajaran Islam. Selain itu, pameran ini juga bertujuan untuk memperkukuh jati diri serta meningkatkan penghayatan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) dalam kalangan masyarakat dan penerapannya dalam kehidupan seharian.
Sebagai salah satu agensi yang menyertai pameran ini, Kementerian Pertahanan mengetengahkan peranannya dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara, di samping sumbangannya kepada kesejahteraan masyarakat, ketahanan komuniti dan keharmonian sosial.
Pameran Kementerian Pertahanan turut mengetengahkan pendekatan Whole-of-Nation melalui kerjasama strategik dalam pelaksanaan bantuan kemanusiaan dan operasi bantuan bencana. Pameran ini juga turut memaparkan program kemasyarakatan yang dilaksanakan bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat serta mengeratkan hubungan antara Kementerian Pertahanan dengan orang ramai.
Melalui penyertaan ini, Kementerian Pertahanan berhasrat untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman orang ramai mengenai peranan serta sumbangannya yang lebih luas kepada negara. Pameran ini turut memperlihatkan bahawa tanggungjawab pertahanan negara bukan sahaja merangkumi usaha mempertahankan kedaulatan dan keselamatan, malah juga memperkukuh ketahanan masyarakat, memupuk perpaduan dan mendukung nilai-nilai falsafah MIB.