BOLKIAH GARRISON, Thursday, 17 September 2026 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and the Indonesian National Armed Forces (TNI) today held the 6th Brunei Darussalam-Indonesia High Level Committee (BRUNESIA HLC) Meeting at the Officers’ Mess, Bolkiah Garrison.
The meeting was co-chaired by Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF, and Lieutenant General TNI Bobby Rinal Makmun, S.I.P., Assistant for Operations to the Chief of Defence Force of Indonesia, representing the Chief of Defence Force of Indonesia.
During the meeting, both sides reviewed ongoing defence cooperation and discussed opportunities to further strengthen and explore potential areas for engagements between the RBAF and Defence Force of Indonesia (TNI), particularly in the areas of intelligence, operations and exercises, training and education, as well as logistics.
Brunei Darussalam and the Republic of Indonesia enjoy close and longstanding bilateral defence relations, underpinned by the Memorandum of Understanding on Defence Cooperation signed on 10 April 2003. The strong defence relationship between both countries continues to be strengthened through professional exchanges, exercises, training and courses, as well as cooperation through various regional and multilateral platforms.
BRUNESIA HLC is a biennial meeting held alternately in Brunei Darussalam and the Republic of Indonesia, serving as an important platform to strengthen defence cooperation and enhance professional relations between both Armed Forces. The 7th BRUNESIA HLC is scheduled to take place in the Republic of Indonesia in 2028.



MESYUARAT BRUNEI DARUSSALAM-INDONESIA HIGH LEVEL COMMITTEE (BRUNESIA HLC) KALI KE-6
BOLKIAH GARISON, Khamis, 17 September 2026 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Tentara Nasional Indonesia (TNI) hari ini mengadakan Mesyuarat Brunei Darussalam-Indonesia High Level Committee (BRUNESIA HLC) Kali Ke-6 di Mes Pegawai Bolkiah Garison.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, dan Leftenan Jeneral TNI Bobby Rinal Makmun, S.I.P., Asisten Operasi Panglima TNI, mewakili Panglima Tentara Nasional Indonesia.
Semasa mesyuarat tersebut, kedua-dua belah pihak telah meneliti kerjasama pertahanan yang sedang berjalan dan membincangkan peluang-peluang bagi memperkukuhkan lagi serta menerokai bidang-bidang interaksi yang berpotensi di antara ABDB dan TNI, khususnya dalam bidang perisikan, operasi dan eksesais, latihan dan pendidikan serta logistik.
Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia menikmati hubungan pertahanan yang rapat dan telah lama terjalin, berlandaskan Memorandum Persefahaman dalam Kerjasama Pertahanan yang dimeterai pada 10 April 2003. Hubungan pertahanan yang kukuh antara kedua-dua buah negara terus diperkukuhkan melalui pertukaran profesional, eksesais, latihan dan kursus, serta kerjasama melalui pelbagai platform serantau dan pelbagai hala.
Mesyuarat BRUNESIA HLC merupakan mesyuarat yang diadakan setiap dua tahun secara bergilir-gilir di Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia, serta menjadi platform penting bagi memperkukuhkan kerjasama pertahanan dan hubungan profesional antara kedua-dua angkatan tentera. Mesyuarat BRUNESIA HLC Kali Ke-7 akan diadakan di Republik Indonesia pada tahun 2028.