BERAKAS GARRISON, Friday, 11 September 2026 – The Ministry of Defence today held the Maulidur Rasul Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Forum 1448 Hijrah / 2026 at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison.
Present as the Guest of Honour was Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Permanent Secretary (Policy and Administration) at the Ministry of Defence and Datin. Also in attendance were the Service Commanders and the Joint Force Commander with their respective spouses, the Deputy Permanent Secretaries at the Ministry of Defence, Directors and their spouses, senior officers, officers and personnel of the Ministry of Defence. Members of the RBAF Wives Welfare Body (BAKTI) were also invited to attend the forum.
The event commenced with the recitation of Sayyidul Istighfar and Surah Al-Fatihah, followed by a forum entitled “Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Suluh Aqidah” (Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: The Guiding Light of Faith).
The forum was moderated by Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Religious Teacher, RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). The topic was discussed and elaborated upon by three panellists: Awang Abdul Rahman bin Haji Ajak, Deputy Director / Assistant Lecturer, Centre for Research and Studies of Jawi and Turath Books, Seri Begawan Religious Teachers University College (KUPU SB); Yang Mulia Pengiran Siti Katijah binti Pengiran Sulaiman, Director of the Training and Competency Development Centre, KUPU SB; and Captain Mohd Ayza Azrine bin Ayahani, Deputy Staff Officer, Religious Inspectorate, JAMA’AT.
Through the theme “Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Suluh Aqidah”, the forum highlighted the importance of taking Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam as an exemplary role model and source of guidance in all aspects of life. Embracing his teachings and noble character not only serves as a foundation for developing faithful Muslims of exemplary character, but also contributes towards building families, organisations and communities that remain steadfast in upholding the teachings of Islam.
The forum forms part of the Ministry of Defence’s annual programmes held in to enliven the blessed month of Rabiulawal, while commemorating the birth of Prophet Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. It aims to foster a deeper appreciation of the Prophet’s life, sacrifices and noble character, while encouraging the application of his teachings in daily life and professional service.









KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN FORUM MAULIDUR RASUL SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM 1448 HIJRAH / 2026 MASEHI
BERAKAS GARISON, Jumaat, 11 September 2026 – Kementerian Pertahanan hari ini telah mengadakan Forum Maulidur Rasul Sallallahu ‘Alaihi Wasallam 1448 Hijrah / 2026 Masehi bertempat di Dewan Pahlawan, Berakas Garison.
Hadir di forum tersebut ialah Yang Mulia Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap (Dasar dan Pentadbiran), Kementerian Pertahanan dan Datin. Turut hadir ialah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera dan Pemerintah Angkatan Bersama serta isteri, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan, Pengarah-Pengarah serta isteri, Pegawai-Pegawai Kanan, pegawai-pegawai serta warga Kementerian Pertahanan. Turut diundang bagi sama-sama mendengarkan forum ialah ahli-ahli Badan Kebajikan Isteri-Isteri ABDB (BAKTI).
Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan forum bertajuk “Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Suluh Aqidah”. Forum berkenaan dipengerusikan oleh Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Guru Ugama, Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), selaku moderator. Kupasan dan huraian forum disampaikan oleh tiga orang ahli panel, iaitu Awang Abdul Rahman bin Haji Ajak, Timbalan Pengarah / Penolong Pensyarah, Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi dan Kitab Turath, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB); Yang Mulia Pengiran Siti Katijah binti Pengiran Sulaiman, Pengarah Pusat Latihan dan Peningkatan Kompetensi, KUPU SB; serta Kapten Mohd Ayza Azrine bin Ayahani, Timbalan Pegawai Turus Inspektorat Agama, JAMA’AT.
Melalui tema “Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Suluh Aqidah”, forum ini turut menekankan kepentingan menjadikan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sebagai contoh dan pedoman dalam setiap aspek kehidupan dan kekeluargaan. Penghayatan terhadap ajaran dan akhlak Baginda bukan sahaja menjadi asas kepada pembentukan peribadi Muslim yang beriman dan berakhlak mulia, malah turut berperanan dalam membina keluarga, organisasi dan masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran Islam.
Penganjuran forum ini merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian Pertahanan dalam menyemarakkan sambutan bulan Rabiulawal yang penuh keberkatan, di samping memperingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta menghayati sirah, perjuangan dan keindahan akhlak Baginda.