BOLKIAH GARRISON, Thursday, 10 September 2026 – Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), received a courtesy call from His Excellency Yip Wei Kiat, High Commissioner of the Republic of Singapore to Brunei Darussalam, at the Ministry of Defence, Bolkiah Garrison.
During the call, the Commander RBAF congratulated His Excellency on his appointment and welcomed him to the Ministry of Defence. His Excellency’s call forms part of his introductory engagements with senior officials in Brunei Darussalam following the presentation of his credentials earlier this year.
Both sides reaffirmed the special and longstanding friendship between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore, particularly the close and enduring defence relations between the RBAF and the Singapore Armed Forces (SAF).
A significant part of the discussion centred on the 50th Anniversary of Brunei Darussalam–Singapore Defence Relations, which is being commemorated throughout 2026. Both sides reflected on the strong foundations established over the past five decades and discussed the upcoming commemorative activities marking this important milestone.
The Commander RBAF also expressed appreciation for the continued close cooperation between both armed forces through regular bilateral exercises, professional military exchanges, training opportunities and staff college participation. Both sides looked forward to further strengthening the special defence partnership and building upon the strong foundations of the past 50 years.


PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENERIMA KUNJUNGAN MUHIBAH PESURUHJAYA TINGGI REPUBLIK SINGAPURA
BOLKIAH GARISON, Khamis, 10 September 2026 – Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah menerima kunjungan muhibah daripada Tuan Yang Terutama Yip Wei Kiat, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, bertempat di Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.
Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah ABDB telah mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama atas pelantikannya dan mengalu-alukan kehadiran beliau ke Kementerian Pertahanan. Kunjungan tersebut merupakan sebahagian daripada siri kunjungan pengenalan Tuan Yang Terutama di negara Brunei Darussalam selepas beliau menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya pada awal tahun ini.
Kedua-dua belah pihak menegaskan semula hubungan persahabatan yang istimewa dan sekian lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura, khususnya hubungan pertahanan yang erat dan berkekalan di antara ABDB dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).
Perbincangan tertumpu kepada Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Pertahanan Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura, yang diraikan dengan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2026. Kedua-dua belah pihak mengimbas kembali asas kukuh yang telah dibina sepanjang lima dekad yang lalu serta membincangkan aktiviti-aktiviti sambutan yang akan datang bagi memperingati pencapaian penting tersebut.
Pemerintah ABDB turut merakamkan penghargaan atas kerjasama erat yang berterusan di antara kedua-dua angkatan tentera melalui latihan dua hala, pertukaran profesional ketenteraan, peluang latihan serta penyertaan dalam kursus-kursus maktab turus. Kedua-dua belah pihak berharap agar hubungan pertahanan yang istimewa ini akan terus diperkukuhkan berlandaskan asas kukuh yang telah dibina sepanjang 50 tahun yang lalu.