BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 29 July 2026 – Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), received a courtesy call from the outgoing Non-Resident Defence Attaché of the Kingdom of the Netherlands accredited to Brunei Darussalam, Colonel Norbert Johannes Moerkens, at the Ministry of Defence Headquarters, Bolkiah Garrison accompanying Colonel Moerkens was the incoming Defence Attaché, Colonel Hans van Reenen.
The courtesy call served as an opportunity for the Commander of the Royal Brunei Armed Forces to express his appreciation to Colonel Moerkens for his contributions towards strengthening defence relations and promoting closer cooperation between the Royal Brunei Armed Forces and the Netherlands Armed Forces throughout his tenure. During the meeting, Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi also welcomed Colonel Van Reenen and conveyed his best wishes for a successful tenure as the incoming Defence Attaché to accredited to Brunei Darussalam.
Both sides reaffirmed their commitment to further strengthening bilateral defence cooperation through continued engagement and exchanges in areas of mutual interest, including professional military education and maritime security. The meeting reflected the warm friendship between Brunei Darussalam and the Kingdom of the Netherlands, as well as the shared commitment of both countries towards maintaining regional peace, security and stability.
Also present during the courtesy call was Lieutenant Colonel Haji Fadzli bin Haji Abdullah, Acting Director of Intelligence, Ministry of Defence.


KUNJUNGAN HORMAT ATASE PERTAHANAN YANG AKAN MENAMATKAN TUGAS KERAJAAN BELANDA KEPADA PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
Bolkiah Garison, Rabu, 29 Julai 2026 – Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan,Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah menerima kunjungan hormat daripada Atase Pertahanan Kerajaan Belanda Tidak Menetap yang akan menamatkan perkhidmatannya, Kolonel Norbert Johannes Moerkens, di Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison. Turut menyertai Kolonel Moerkens ialah Bakal Atase Pertahanan Kerajaan Belanda Tidak Menetap, Kolonel Hans van Reenen.
Kunjungan hormat tersebut memberikan peluang kepada Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei untuk menzahirkan rasa penghargaan atas sumbangan Kolonel Moerkens dalam memperkukuhkan hubungan pertahanan serta meningkatkan kerjasama dua hala antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Angkatan Tentera Belanda sepanjang tempoh perkhidmatannya. Dalam pertemuan tersebut, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi turut mengucapkan selamat dan mengalu-alukan pelantikan Kolonel Van Reenen sebagai Bakal Atase Pertahanan Yang Tidak Menetap ke Brunei Darussalam.
Kedua-dua pihak turut menekankan komitmen untuk terus memperkukuhkan kerjasama pertahanan dua hala melalui pelbagai bentuk penglibatan dan pertukaran kepakaran dalam bidang yang berkepentingan bersama, termasuk pendidikan ketenteraan profesional dan keselamatan maritim. Perjumpaan tersebut mencerminkan hubungan persahabatan yang erat dan berkekalan antara Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Belanda, di samping komitmen bersama dalam memelihara keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau.
Turut hadir semasa kunjungan hormat tersebut ialah Leftenan Kolonel Haji Fadzli bin Haji Abdullah, Pemangku Pengarah Perisik, Kementerian Pertahanan.