BOLKIAH GARRISON, Sunday, 24 December 2023 – In a celebration that combines the enthusiasm of cycling and running, to encourage the spirit of sportsmanship and the closeness of family, the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) in conjunction with its 62nd anniversary held a Cycling Expedition, Group Run Championship,
Kayuhan Bersama Keluarga/ Fun Walk event and Family Day event open to all RBAF officers, personnel, and their families.
The event started with the 62km Cycling Expedition flagged off by Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of Royal Brunei AirForce (RBAirF) followed by the flagging off of the Men’s Group Run 16.2km by Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Acting Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF). Subsequently, the Women’s Group Run 12.6km was flagged off by Colonel Dayang Suriyati binti Haji Junaidi, Head of Inspectorate Unit RBAF. Following that, the 12km Kayuhan Bersama Keluarga.
Upon returning to Bolkiah Garrison, the RBAF Commander and spouse proceeded to visit the RBAF Museum and toured around the vendors and fun fair areas in the effort to contribute to the Palestinian Peoples Humanitarian Fund. The RBAF Commander was then invited to the Mini Stadium Football Field for a photo session with the 62km Cycling Expedition participants and prize presentation to the winners of the Men and Women categories of the Group Run Championship.










ACARA EKSPEDISI BERBASIKAL, KEJOHANAN LARIAN BERKUMPULAN, DAN KAYUHAN BERSAMA KELUARGA/ FUN WALK SEMPENA HARI ULANG TAHUN ABDB YANG KE-62 TAHUN
BOLKIAH GARISON, Ahad, 24 Disember 2023 – Dalam sambutan yang menggabungkan semangat berbasikal dan larian bagi memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan silaturrahim antara keluarga, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) sempena Hari Ulang Tahun ABDB ke-62 telah mengadakan acara Ekspedisi Berbasikal, Kejohanan Larian Berkumpulan, Kayuhan Bersama Keluarga/ Fun Walk dan Hari Keluarga yang dibukakan kepada semua pegawai-pegawai, anggota-anggota serta ahli keluarga ABDB.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB bersama isteri, Datin Ummisyafinah binti Haji Zaini. Turut diundang ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan.
Acara dimulakan dengan pelepasan Ekspedisi Berbasikal sejauh 62km yang dilancarkan oleh Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan diikuti oleh pelepasan Larian Berkumpulan Lelaki sejauh 16.2km oleh Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Pemangku Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Larian Berkumpulan Wanita sejauh 12.6km oleh Kolonel Dayang Suriyati binti Haji Junaidi, Ketua Unit Inspektorat ABDB. Acara diikuti dengan Kayuhan Bersama Keluarga sejauh 12km yang diketuai oleh Yang Mulia Pemerintah ABDB dan kemudiannya Fun Walk sejauh 2.6km yang diketuai oleh isteri kepada Yang Mulia Pemerintah ABDB.
Sejurus tiba di Bolkiah Garison, Yang Mulia Pemerintah ABDB bersama isteri turut berkunjung melawat Muzium ABDB, funfair dan gerai-gerai bazar kearah usaha untuk menggalakkan kutipan derma kepada Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin. Seterusnya, Yang Mulia Pemerintah ABDB dijemput beredar ke Padang Bola Mini Stadium untuk sesi bergambar ramai bersama para peserta Ekspedisi Berbasikal sejauh 62km dan penyampaian hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang Kejohanan Larian Berkumpulan kategori Lelaki dan Wanita.