
HONOLULU, Wednesday, 6 December 2023 – Brunei Darussalam and the United States of America successfully held their 16th Joint Defence Working Committee (JDWC) meeting at the United States Indo-Pacific Command (US INDOPACOM) Headquarters in Hawaii, this afternoon.
The meeting was co-chaired by Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary of the Ministry of Defence of Brunei Darussalam and Brigadier General Neil R. Richardson, Deputy Director for Strategic Planning and Policy, US INDOPACOM. Among the agenda discussed during the meeting was on the progress of bilateral defence cooperation which include, among others, military exercises and trainings between both countries. In addition, several initiatives were proposed to enhance the defence relations between Brunei Darussalam and the United States of America.
As part of the 16th JDWC programme, Brunei Darussalam’s delegation also visited the United States Coast Guard, the Pearl Harbour National Memorial, the United States Pacific Air Force Headquarters and the Daniel K. Inouye Asia-Pacific Center for Security Studies.
The JDWC between Brunei Darussalam and United States of America was established through the Memorandum of Understanding (MoU) on Defence Cooperation between the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the Government of the United States of America signed on 29 November 1994 in Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. The MoU serves as a framework to promote defence cooperation and enhancing strong bilateral defence links between Brunei Darussalam and the United States of America.


MESYUARAT KE-16 JAWATANKUASA KERJA PERTAHANAN BERSAMA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM-AMERIKA SYARIKAT
HONOLULU, Rabu, 6 Disember 2023 – Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat telah dengan jayanya mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama (JKPB) ke-16 di Ibu Pejabat
United States Indo-Pacific Command (US INDOPACOM) di Hawaii, petang ini.
Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam dan Brigedier Jeneral Neil R. Richardson, Timbalan Pengarah Perancangan Strategik dan Dasar,
US INDOPACOM. Antara agenda yang dibincangkan semasa mesyuarat tersebut adalah mengenai kemajuan kerjasama pertahanan dua hala yang termasuk, antara lain, eksesais dan latihan ketenteraan di antara kedua-dua negara. Di samping itu, beberapa cadangan telah dibincangkan untuk meningkatkan hubungan pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat.
Sebagai sebahagian daripada program JKPB ke-16 ini, delegasi Negara Brunei Darussalam turut melawat
United States Coast Guard, Pearl Harbour National Memorial, United States Pacific Air Force Headquarters dan
Daniel K. Inouye Asia-Pacific Center for Security Studies.
JKPB di antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat telah ditubuhkan melalui Memorandum Persefahaman
(MoU) mengenai Kerjasama Pertahanan antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Amerika Syarikat yang ditandatangani pada 29 November 1994 di Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.
MoU tersebut merupakan rangka kerja untuk menggalakkan kerjasama dan meningkatkan hubungan pertahanan dua hala yang kukuh di antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat.