
BEIJING, PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA, Saturday 25 November 2023 – 4 December 2023 – A delegation consisting of six Royal Brunei Armed Forces (RBAF) officers and two Ministry of Defence officers participated in a working visit to the People’s Republic of China from 25 November until 4 December 2023. Headed by Lieutenant Colonel Mohammed Shalleh bin Haji Ismail of the Royal Brunei Land Force (RBLF), the visit was coordinated by the Embassy of the People’s Republic of China in Brunei Darussalam.
Scheduled in the programme, the delegation has had the opportunity to participate in activities aimed at strengthening the defence cooperation between The Chinese People’s Liberation Army and the RBAF through mutual military visits which include visits to the National Military Museum, Military facilities and People’s Republic of China’s historical and cultural monuments.
The working visit continues the momentum of defence cooperation between Brunei Darussalam and the People’s Republic of China, notably through the signing of the Memorandum of Understanding (MoU) on Defence Cooperation in 2003 and 2017 which ranges from exchange of visits, military exercises and courses across all levels of military personnel.




KEMENTERIAN PERTAHANAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BEIJING, REPUBLIK RAKYAT CHINA
BEIJING, REPUBLIK RAKYAT CHINA, Sabtu, 25 November 2023 – 4 December 2023 – Rombongan delegasi yang terdiri daripada enam pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan dua orang pegawai Kementerian Pertahanan telah mengambil bahagian dalam lawatan sambil belajar ke Republik Rakyat China bermula dari 25 November hingga 4 Disember 2023. Delegasi yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohammed Shalleh bin Haji Ismail dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah dilaksanakan/ diaturkan oleh Pejabat Kedutaan Republik Rakyat China di Negara Brunei Darussalam.
Rombongan delegasi tersebut berpeluang mengikuti beberapa sesi aktiviti lawatan yang bertujuan untuk mengukuhkan hubungan kerjasama pertahanan antara The Chinese People’s Liberation Army dan ABDB yang telah dijadualkan dalam program lawatan. Rombongan delegasi juga berkesempatan membuat lawatan ke Muzium Kebangsaan Tentera, Perkhemahan-Perkhemahan Tentera disamping lawatan ke tempat-tempat peninggalan sejarah serta kebudayaan Negara Republik Rakyat China.
Lawatan sambil belajar tersebut meneruskan momentum kerjasama pertahanan antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China, terutamanya melalui pemeteraian perjanjian Memorandum Persefahaman di dalam Kerjasama Pertahanan pada tahun 2003 dan 2017 iaitu merangkumi pertukaran lawatan, latihan ketenteraan dan kursus pada semua peringkat anggota tentera.