
BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 22 November 2023 – Seri Begawan Religious Teachers University College (KUPU SB) in collaboration with the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Religious Directorate (JAMA’AT) and the Directorate of Administration and Manpower (DAM) held a Jaulah Fiqh Al-Usrah program for 150 officers and personnel from the Ministry of Defence. The program was held at Wira Seni Hall, RBAF Band, Bolkiah Garrison.
In attendance was Dayang Alina binti Abang Haji Omarzuki, Acting Director of DAM who also presented the token of appreciation to the guest speaker of the program.
The program was filled with a lecture session delivered by Dr. Mikdar Rusdi, Senior Assistant Professor of the Faculty of Usuluddin KUPU SB. Among the objectives of this program is to provide insights related to parenting skills and education in the context of Malay Islamic Monarchy and Zikir Nation, explaining the role of family members in relation to family education and family law. Additionally, informing the participants on the challenges faced by family institutions in the era of information technology. KUPU SB had conducted this program to several ministries and plans to reach all ministries by the end of this year.



PROGRAM JAULAH FIQH AL-USRAH
BOLKIAH GARISON, Rabu, 22 November 2023 – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dengan kerjasama Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT) dan Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia (JPTM) telah mengelolakan program Jaulah Fiqh Al-Usrah kepada 150 orang pegawai dan anggota daripada Kementerian Pertahanan. Program tersebut berlansung di Dewan Wira Seni, Pancaragam ABDB, Bolkiah Garison.
Turut menghadiri program tersebut ialah Yang Mulia Dayang Alina binti Abang Haji Omarzuki, Pemangku Pengarah JPTM yang juga telah berkesudian menyempurnakan penyampaian cenderahati penghargaan kepada penceramah jemputan pada petang itu.
Program tersebut telah diisikan dengan satu sesi ceramah yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Mikdar Rusdi, Penolong Profesor Kanan Fakulti Usuluddin KUPU SB. Di antara objektif program ini ialah untuk memberikan penjelasan berkaitan ilmu keibubapaan dan pendidikan didalam konteks Melayu Islam Beraja dan Negara Zikir, di samping menjelaskan peranan setiap ahli keluarga terhadap pendidikan kekeluargaan dan undang-undang keluarga. Disamping itu juga, para hadirin dimaklumkan mengenai cabaran-cabaran yang diharungi oleh institusi kekeluargaan didalam era teknologi maklumat. KUPU SB telahpun melaksanakan program ini di beberapa buah kementerian dan merancang untuk menyampaikkannya kepada seluruh kementerian sehingga kepenghujung tahun ini.