JAKARTA, Wednesday 15 November 2023 – The 17th ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) was held today at the Jakarta Convention Centre in Jakarta, Republic of Indonesia. The meeting was chaired by His Excellency Prabowo Subianto, Minister of Defence of the Republic of Indonesia.


Leading Brunei Darussalam’s delegation was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II. The Brunei Darussalam delegation included Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary, and officers from the Ministry of Defence.


With this year’s theme

of
Peace, Prosperity and Security”, the 17th ADMM observed the adoption of several deliverables including two Concept Papers, the notation of one Discussion Paper, and the approval of a revised Standard Operating Procedure (SOP). Brunei Darussalam had the opportunity to brief the meeting on the ongoing drafting progress and development of the “A Future-Ready ADMM and ADMM-Plus: A Strategy Paper”, during which Brunei Darussalam shared the outcomes of its second workshop held in Bandar Seri Begawan in October 2023. The 17th ADMM also successfully adopted a Joint Declaration titled the “Jakarta Joint Declaration by the ASEAN Defence Ministers’ Meeting on Peace, Prosperity and Security”. A significant development was also achieved for this year’s ADMM with the inaugural participation of Timor-Leste as an observer to the ADMM and its related meetings. 


On the sidelines of the 17
th ADMM, the ASEAN-US Defence Ministers’ Informal Meeting was convened and co-chaired by His Excellency Prabowo Subianto and The Honorable Lloyd J. Austin III, the Secretary of Defense of the United States of America. This was followed by the ASEAN-Japan Defence Ministers’ Informal Meeting which was convened on a hybrid platform and co-chaired by His Excellency Prabowo Subianto and His Excellency Minoru Kihara, the Minister of Defense of Japan.


Brunei Darussalam also held bilateral meetings with the Republic of Indonesia, Russian Federation and the ASEAN Secretariat. The Republic of Indonesia, as the Chair of the ADMM, will also host the 10
th ADMM-Plus the following day, 16 November 2023.





MESYUARAT MENTERI-MENTERI PERTAHANAN ASEAN (ADMM) KE-17 BERLANGSUNG DI REPUBLIK INDONESIA

JAKARTA, Rabu 15 November 2023 – Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) yang ke-17 telah diadakan pada hari ini di Pusat Konvensyen Jakarta di Jakarta, Republik Indonesia. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Tuan Yang Terutama Prabowo Subianto, Menteri Pertahanan Republik Indonesia.

Mengetuai rombongan Negara Brunei Darussalam pada mesyuarat tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Delegasi Negara Brunei Darussalam juga terdiri daripada Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap, dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pertahanan.


Dengan tema “Keamanan, Kemakmuran dan Keselamatan”, tahun ini ADMM ke-17 telah menyaksikan perlulusan beberapa dokumen termasuk dua Kertas Konsep, satu Kertas Perbincangan dan kemaskini Prosedur Operasi Standard (SOP). Negara Brunei Darussalam turut berkesempatan menyampaikan taklimat mengenai kemajuan dan perkembangan penggubalan kertas strategi “
A Future-Ready ADMM and ADMM-Plus: A Strategy Paper“, dan mengongsikan hasil bengkel kedua yang berlangsung di Bandar Seri Begawan pada bulan Oktober 2023 lalu. ADMM ke-17 juga berjaya menggunapakai Deklarasi Bersama iaitu “Deklarasi Bersama Jakarta oleh Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Mengenai Keamanan, Kemakmuran dan Keselamatan”. Satu kejayaan signifikan turut dicapai tahun ini dengan penyertaan buat pertama kali Timor-Leste sebagai pemerhati ADMM dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan.


Disamping mesyuarat ADMM ke-17, Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Amerika Syarikat juga diadakan yang mana telah dipengerusi bersama oleh Tuan Yang Terutama Prabowo Subianto dan Yang Berhormat Lloyd J. Austin III, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat. Ini diikuti dengan Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Jepun yan
g diadakan secara
hybrid dan dipengerusi bersama oleh Tuan Yang Terutama Prabowo Subianto dan Tuan Yang Terutama Minoru Kihara, Menteri Pertahanan Jepun.


Negara Brunei Darussalam turut mengadakan mesyuarat dua hala bersama Republik Indonesia, Persekutuan Rusia dan Sekretariat ASEAN. Selaku pengerusi ADMM, Republik Indonesia akan mempengerusikan mesyuarat ADMM-
Plus ke-10 pada keesokan hari, 16 November 2023.